Thursday, January 16, 2014

R.I.N.D.U

Terasa rindu bertalu talu datang fikiran memang dah melayang tapi hati tahan,tangan mata semua tolong tahan. Takut kehilangan yang sebenarnya walaupun belum tentu kepunyaan diri sendiri. Kenapa jadi macam ni,ya Allah. Mungkin jarak masa yang aku cipta tiga bulan terlalu lama dan membuatkan perasaan itu makin jauh. Sebaknya rasa bila terpaksa menghadapi kenyataan yang sendiri dah nyata takdapat nak elak lagi. Ya Allah,kekuatan demi kekuatan. Keampunan demi keampunan. Hanya itu yang aku harap sebagai seorang insan. Rindunya masa yang lalu sewaktu aku tabik angkat setia padaMu yang satu dan aku rasa dalam kehadiranmu. Kembalikan semula kegemilangannya diriku padaMu. Jangan KAU hapuskan ia hanya kerana silap salahku dalam langkah perjalanan. Terlalu rindukanMu. Berpalinglah padaku ya Tuhanku. Pandanglah aku. Didiklah semula hati dan jiwaku seperti selalu



Akan sedaya upaya aku berusaha untuk memenangi hatiMu semula macam yang pernah aku lakukan pada manusia. Kerana melaluiMu,aku temui ketangan didalam jiwa. Gerakkan dakwah penulisanmu bagi pembacaan harianku wahai Inche Gabbana. Iman perlukan juga makanan sebagaimana tubuh badan. Inshaallah,rindu yang kali ini akan cuba aku tawan dengan kembali mendapatMu wahai Tuhanku.
  

Kau pernah beri aku ketenangan suatu masa dulu kutip aku semasa aku hampir sesat dengan dosa dan tak semudah itu untuk aku lupakan anugerah yang terindah buat diri yang kerdil ini. Rasa nak nangis rasa tak kuat rasa nak lari. Macam macam rasa dalam fikiran sekarang. Ya Allah,kuatkanlah jiwa jiwa dan hati hambamu. Dambakanlah rinduku ini hanya untukMu. Kekuatan aku hanya datang apabila aku mengingatkanMu,mencari dan membawaMu ke setiap jalan yang aku lalui. Kuatkanlah manusia ini. Kuatkanlah hati hati kami.




Awak ada dalam setiap doa dipenghujung solat saya. Rindukan seseorang tapi kali ini harapan saya kebergantungan saya hanya pada Allah. Jika awak bukan insan yang terpilih saya redha walaupun menangis. Allah merancang yang lebih baik sebaik baik perancangan buat diri saya. Kadang saya takdapat nak tahan gelisah buruk wasangka. Saya risau awak ada yang punya tapi saya lupa,awak Allah yang punya. Jika baik perancangan dan permintaan saya inshaallah rindu ini terubat juga suatu hari nanti.


Ya Allah,aku perlukan dia untuk bimbingku ke jalan syurgaMu untuk menuju bahagia untuk sama sama kejar ganjaran dan pahala berlipat ganda. Aku sama perlukannya untuk sama sama masuk syurga. Bantulah aku ya Allah. Redhakanlah jika dia bukan terbaik untukku dan makbulkanlah jika dia insan yang terpilih untuk bersama sama denganku. 


p/s: Kekuatan manusia daripada Allah. 
Rinduku padaMu ya Rabb 


Love,Cena :) 

No comments:

Post a Comment