Saturday, January 25, 2014

I.N.T.E.R.N.S.H.I.P

Minggu stress dengan maya bila kesabaran dah sampai tahap hujung hujung dah. Takdapat nak faham lagi jiwa raga seekor mak kucing dengan baik la maksud dia. Takpaham kenapa maya asyik merengek mengiau ngiau dua tiga hari ni padahal anak dia okay je. Maybe salah makan sampai perut kembung tak? Hmm,entah. Taktau. Kena study psikologi dengan doktor haiwan then baru masalah maya boleh settle. Actually dari tahun lepas lagi dah pasang niat nak update entry internship ni tapi macam biasa,tahun lepas punya cerita confirm sampai ke tahun ni lepas manusia pemalas ni jadi rajin nak update blog dia. Kahkahkah. 


Muka muka bahagia macam ni hanya time final week internship okay. Time baru nak berbahagia dengan kak ika :)

Mula minggu first tu,rasa macam besar sangat dugaan nak duduk dekat office seharian dari 8pagi sampai 5petang. Sebab masa dekat Uitm dulu dah biasa attend kelas sejam dua jam then ada gap rehat sambung pulak kelas petang so takdelah terasa sangat lama dia. Macam ni boleh tahan rasa lah lamanya nak tunggu pukul5 tu macam mana. Yang agak taktahan tu,bukan budak praktikal je yang taksabar nak thumbprint,kakak abang staff dekat office tu pun sama. Kahkahkah wakaka. Okay,taklawak -___-

Kewajipan yang paling wajib setiap hari.  Sakan depan kamera -_____-

Bosan sebenarnya jadi intern student dekat gov office ni sebab memang takbanyak kerja langsung. Minggu first je dah membazir dengan benda benda yang lagha dan tak berfaedah seperti facebook twitter beautifulnara blog dan exeteraa. Memang heaven sangat sebab wifi laju selaju lajunya dekat JTM ni. Masuk second week dapat pulak kawan baru,adik adik dari politek dungun. Time ni baru start kepala dia naik okay sebab dah ada geng. Masa minggu first memang abadi lah baik macam malaikat. Semua benda buat,semua benda senyum walupun tak rela. Eeeei,plastik segeri sangat. Plastik pun plastiklah kan. Nama baik imej semua kena jaga. 
Spesis yang sama memang selalu bergerak seiringan. Wakaka :P


Tugas besar untuk develop system still ada cuma sometimes semua benda buat sambil lewa sebab macam masa yang banyak and macam buat benda yang takdapat reward apa apa so macam lambat sikitlah nak jalan. Kadang kadang seminggu berlalu macam tu je,memang takjalan amende pun. Kahwakakahwakaka.Paling heaven bila dapat pulak kawan yang sekepala ni so masa banyak habis dengan aktiviti aktiviti yang seronok untuk dilakukan bersama sama contohnya keluar lepak makan,minum pagi jalan jalan pusing dalam giant and rehat lebih dari setengahjam tu dah memang selalu. Kena pandang serong ? Buat je muka tak kisah,takpayah nak terasa hati. Senang. Simple plan. Bumbumbum 


Luangan masa dihari Jumaat yang indah

Macam biasa goverment punya rehat time hari Jumaat paling syok sebab lamaaaaa sangat. Kau bayangkan dari pukul dobelas suku sampai dua patpulohlima. Panjang gila okay and memang paling suka lah nak lepak jalan jalan cuci mata bagi tambah serabut kepala time ni. Suka angat ! Paling suka sangat redah Aeon dengan Tesco jalan keliling sampai sakit kematu anak kaki,basahkan sikit anak tekak then balik office. Masa memula seminggu yang first,lepak dalam surau jelah sebab takde kawan nak have fun kan. Rehat tidur solat and Jumaat tulah yang paling malas sangat sebab terasa rasa nak balik dia tu. Tapi,sejak ada Sue Kausar dengan Mai,jumaat kita paling awesome sekali. Sometimes,taksabar nak tunggu Jumaat je. Wakakaka :P


Sue dengan Mai paling suka tempat kanak kanak ni. Layankan jelah walaupun kita dah tua. Manja gila sangat okay kite dengan Sue.

Final month time kita internship kak ika dengan kak mus pulak masuk. Kak mus masuk lambat sikit dari kak ika and mula mula kitorang macam dingin jugaklah dengan kak ika sebab dah agak lama berempat and tetiba tambah pulak lagi sorang so janggal pulak rasa. Tambah pulak kak ika macam senyap sikit dekat belakang so lagilah kita macam takrapat tapi alih alih time raya tu,kita dengan kak ika boleh kamceng habis okay. Kak ika ni rupanya fun habis takdelah bosan macam yang disangkakan. Sangkaan meleset. Wikikiki. Kak Ika nilah tempat borak borak and tempat kita dapat makan sate lebih time jamuan raya sebab dia takmakan sate. Kausar cakap susuk. Haha bedal je pandai diorang ni. And persahabatan kitorang terjalin makin rapat sampai keluar dinner and karaoke sama sama kot ! See,truly fun okay !


Pengcahayaan takberapa nak bagus time ni sebab kita kan internship free. Mane de duit nak beli diselerar wehh. Sob sob :'(

Kitorang memang selalu macam ni. Kadang kadang hijau semua sekali. Kadang kadang dua pink,dua purple. Kadang kadang,tudung same kaler memang jodoh kitorang kuat sangat walaupun takpenah plan pun. Tengok masa keluar dinner ni,mane de plan nak pakai kuning purple tapi boleh pulak tersama dengan Kausar. Mai dengan Sue pun sama jugak kaler biru. Alahai sweet sangatlah kitorang ni. Dumdumdum. Time ni kak ika jadi driver sebab kereta dia and dia yang snap picture ni so gambar kak ika takde di tempat kejadian tapi kejap lagi baru ada. Fuhfuhfuh. Taraaa :P

Kak Ika dah ada. Yeay ! Tolonglah percaya gambar ni tipu sangat hmm mane de manusia muka putih suci berseri tanpa kotoran macam ni,walaupun sebenarnya ada. Hahaha.

Malam keluar yang ni memang dalam sejarah sebab Abah dengan Mak bagi pulak kite keluar malam malam buta. Dahlah keluar malam,balik pulak awal pagi pukul 1 wehh. Memang betul betul lepak keluar malam ni dengan kak Ika. Yang penting,malam tu makan sampai perut penuh dengan seafood and bakat rendaman masing masing terserlah malam tu. Kak Ika rupanya ratu rock kot. Saling taktumpah macam Ella. Wehoooo !
Muka muka bahagia budak praktikal yang suka main main dalam office. Wakaka

Kau nampak dalam time office hour pun boleh lepak je makan sekerim. Haa,padanlah pun sebab dah final week  time tulah nak have fun lebih lebih pun. Minggu tu jugaklah nak buat hal pun sebab lepas ni takjumpa dah. Tambahan pulak boss kita cuti bersalin time tu so lagilah kita enjoy sangat dalam office tu. Setakat nak dengar kakak akak office bising,itu perkara biasa. Selebihnya kita happy happy jelah buat hal sendiri. Lagi best macam ni :)
Sehari lepas habis praktikal rasa rindu sangat dengan diorang. Just imagine lebihkurang tolakcampurdarab dalam patbulan jugak kita dengan diorang ni and alih alih blah macam tu keluar office,memanglah sayu sedih. Ingat lagi last day kita dekat office time tu Manjung hujan lebat pokok jatuh tumbang semua kilat angin semua,Kausar datang dengan basah kuyup menjerit jerit panggil nama kita dari luar. Kelakar okay,takkan lupa time tu. Wakaka


Thank you Kausar Sue Mai Kak Ika and Kak Mus. You guys mengindahkan lagi perjalanan hidup kita dalam dunia ni. Banyak lagi benda benda yang kita spend together like puasa sama sama membeli belah dekat bazar ramadhan berhujan berpanas main game dekat surau sama sama and macam macam lagi. We love and enjoy spend our time together and you guys so great and nice. Experience sebagai practical student dekat MPM takpenah mengecewakan even still ada jugak benda yang buat kita murung sedih but why not we just share about the happiness,right ? Benda sedih sedih kalau boleh taknak ingat langsung nak delete je terus dari memory. Benda yang sweet dan indah macam ni yang patut kita ingat sampai bila bila,kan ? Hehehehe. 

Internship Jun13-Sep13 with love <3


Love,Cena :)

p/s: Kita sayang awak awak semua :)







Tuesday, January 21, 2014

RAYA- PART TWO

Entry baru entry baru,semangat semangat. Okay jom sambung balik entry yang kononya klgangster2 sangat kan. Flashback je pun,apa yang awesome sangat entah ler -___-
Sebulan puasa dekat rumah since intern jatuh time bulan puasa kan and office kita pulak sama dengan office abah so memang sebulan la puasa dekat rumah. Cuma yang tak best dia bila kita tinggal sengsorang bukak puasa dengan mak sebab Alap dengan Abah pegi surau. Memang malap sangatlah berbuka dua orang je sampai taklalu dah nak makan. Tapi bila budak budak sekolah ni balik,hamboi kemain meriah sampai takcukup kakitangan nak makan. Buat biskut raya cat keliling rumah. Memang fun gila. Awesome sangat raya puasa kita ^_____^


Raya tahun lepas sebab kita je yang tinggal dekat rumah and yang lain lain takbalik so memang masalah ni selalu terjadi la. Masalah baju raya tapi atas request dari kita sebagai yang paling lama ada dekat rumah tambah pulak kita selalu survey baju baju raya area manjung ni so diorang ni bantai je sokong kita nak buat baju raya sedondon sefamily. Finally after dua tiga pat kali round jumpalah baju yang berkenan. Mula mula kena la cari baju kitorang yang gegirls and hari hari seterusnya baru cari baju abah alap pulak. Maklum sangat baju melayu lelaki senang nak cari dengan bersepah sepah merata kedai. Balik tu senyum lebar kitorang dapat baju raya sedondon. Padahal ayong takde pun dekat situ,main ambik je lepas agak agak size dia. Kalau takmuat tu,redha jelah. But Alhamdulillah,muat semua baju yang ada. Santek sangat sedondon dipagi raya. Yeay \0/


Cuba tengok muka Alap ? Muka budak tak ikhlas nak tangkap gambar sebab bagi dia kutip duit raya tu penting sepenting pentingnya. Lebih je sikit duit raya dari dia habislah korang.
Gambar sangatlah blur sebab semua kelam kelibut  nak beraya rumah tokngah. Sebenarnya macam takpaham kenapa lepas solat sunat raya tu kena cakap panjang lebar sangat. Sampai terngantuk ngantuk nak dengar. Then lambat balik rumah and tangkap mana yang sempat je so habislah gambar jadi macam ni. Nampak tak manusia mata mengantuk tetiba tu ? Memang nak marah je rasa tapi lantakkanlah. Asalkan ada jugak gambar raya tahun lepas :)

Internship dengan gov cuti takboleh nak lama. Memang sedih sangat bila kena stay dekat office padahal lusa nak raya dah. Tapi takdelah sedih mana pun sebab kita raya dekat rumah je. Kalau yang raya dekat kampung,balik pulak Kelantan Terengganu Sarawak memang menangis lah wehh. Semata mata internship yang takdapat langsung gaji walau sesen ni terpaksa berkorban balik kampung malam malam raya. Sadis memang sedih. Ish ishh ishhh. 

Untuk tahun lepas kitorang dah decide yang sesi photoshoot gambar raya tu awal dari biasa sebab taknak jadi macam tahun tahun lepas. Maklum jugak tahun ni baju sedondon kan lagilah semangat dia melebih lebih. Dah siap semua pakai baju sama sama sorang budak kecik ni buat hal pulak taknak tangkap sesama. Nak follow pakcik pakcik surau bertakbir rumah ke rumah kata dia. Nak taknak,lepaskan jelah mamat kecik ni. Kalau taklepas mengamuk buat muka seposen sama je macam takde. Haha
Macam macam posing walaupun penat dia hari tu Allah je yang tau. Mengemas membuat mencuci segala men yang ada,semua kita kita buat pagi tu. Dahlah dengan puasa lagi,memang tahan sangatlah malam tu. Walaupun penat tapi still semangat nak posing tu ada lagi siap macam macam gaya lagi kalau boleh. Yang jadi mangsa mestilah mak. Sabar jelah mak layan kerenah kitorang malam raya tu. Haha

Pagi raya lepas solat sunat Aidilfitri memang semua cecepat masuk kereta nak balik. Taktahan sangat dengan manusia yang penuh dekat surau. Mungkin sebab ni memang kampung ni dah patut ada masjid untuk keselesaan penduduk kampung tambah pulak bila musim raya macam ni. Bukan anak je,menantu cucu sepupu sepapat semua kalau boleh nak solat sama sama. Maklumlah hari raya. And pagi lepas balik dari surau startlah sesi salam maaf maafan. Yang mula dulu mestilah mak and ayong kita jiah pilah and Alap. Yang lain semua lepak je salam mintak maaf tapi bila turn Alap,pemalu dia Ya Allah,sabar jelah. Apa yang dia nak malu sangat pun kita taktau dah -_____-

Kau nampak dia tersengih sengih habis semua gelak. Abah siap taknak lepaskan tangan dia selagi dia takhabis mintak maap. Wakaka. Lastly dia kena jugak cakap bla bla bla tapi follow balik apa yang abah bagitau. Hahahaha

    

Selamat Hari Raya awak awak :)





Sunday, January 19, 2014

RAYA-PART ONE

Assalammualaikum sayang sayang sekalian. Sunday means off day so kita boleh update entry entry yang dah lama tak update hari ni. Yeay \0/ Awesome and sounds good sebab blog kita dah boleh ada banyak cerita. Tapi macam tak best jugak sebab kononya awal tadi nak update entry baru je tapi  dah terterjah tukar template and siap save lagi so habislah segala jenis coding yang penat kita study dekat blog Lyssa dulu. Meninggal lah kalau nak study balik tutorial dia sebab kita punya blog dah baru. Mane nak same dah. Hmmm,hmmm. Nak nangis seminggu macam ni. So sad :( Takpelah,esok kita study balik pasal blog dengan sifu liza. Untung ada pakar design design blog dalam office ni :)
Jom start cerita and takpayah nak sedih sedih lagi. Before ni kita update entry raya dengan staff datuk tansri puansri mpm so hari ni sambung pulak entry raya dengan family. Macam tak adil je update raya dengan diorang tapi tak update dengan family punya kann. Hihi



Gambar first mestilah dekat kampung baru nampak macam raya sikit kan walaupun sebenarnya takdelah beraya dekat kampung sangat pun. Malam raya,pagi raya dengar takbir raya salam salam maaf hari raya pun semua dekat rumah sendiri. Since tokwan meninggal 6tahun lepas so masing masing raya dekat rumah masing masing. Raya kedua ketiga barulah balik kampung ziarah tok tok sedara belah abah yang still ada lagi dekat sana. And ni lah kampung yang still ada sampai sekarang. Walaupun kampung orang tapi since layanan diorang sama macam kita ni cucu diorang jugak so takdelah rasa janggal sangat. Bedal jelah kampung orang pun. Haha


Macam macam gaya ada time bergambar macam ni. Ada pulak yang suka suka melintas lalu lalang dekat depan pulak tu. Bedal jelah asalkan ada jugak gambar. Siap dengan pokok kelapa lagi tu memang suasana kampung sangat. Memula nak bergambar ramai ramai tapi biasalah bila cousin ada anak kecik kecik ni,merenggek nak ni,menangis nak tu. Yang mak ayah semangat nak snap pic family kembangan sama sama tapi anak pulak buat spoil tapi bedal jelah kann. Anak anak muka sembam,sebik ke janji masuk dalam gambar. Haha. Seharian raya kedua tu abah bawak family dengan sekalian adik adik abah termasuk anak anak diorang singgah ziarah tok tok yang takrapat sangat. Tak familiar sebab jarang jumpa but still ada sangkut sangkut dengan arwah tokwan,opah. So far tahun lepas banyaklah jugak singgah rumah sedara mara tok nenek kaum kerabat abah daripada dua tahun lepas. Sebab kita beraya dekat terengganu kan so takdelah sempat nak raya sakan sangat. Tahun ni,dah dapat peluang,redahlah. Apa lagi kann ^____^



Tolong maafkan tuan yang tukang ambik gambar ni sebab ambik senget sangat sebelah. Geram betul kite dengan Alap ni tau. Sebenarnya dia pun memang ikhlas tak ikhlas je nak tangkap gambar time ni sebab dah petang sangat. Taksabar nak balik dah sebenarnya. Yelah dengan penat semalam beraya yang takhabis lagi sambung pulak raya sakan dengan family belah abah sampai petang memanglah semua penat. Tapi bila time nak ambik gambar je terus muka ceria,hilang semua penat penat lelah sakan beraya. So amazing. Haha




Time yang ni Alap ikhlas sikit nak snap gambar ni untuk kitorang so macam cool jugaklah kan gambar ni walaupun dah penat penat tapi gambar tetap kena senyum. Adik adik kita yang pakai baju sedondon tu. Sebelah kita ayong jiah mak and pilah. Okay fine memang kitorang siblings tinggi nak lebih kurang je sebab tu ramai yang cakap mak beruntung anak anak dia dah nak sebaya dia. Dah boleh jadi kawan kawan dah. Kena bagi kita kahwin awal macam mak jugaklah camtu baru nanti anak anak kita pun macam sebaya kita jugak. Wikiki. Muka photostat ? Memang pun,dah selalu dengar jugak. Photostat,fotokopi,fotosegala yang ada semua dah selalu dengar dah. Dah nama pun siblings right so memanglah kena photostat. Cuma Alap je yang takpenah lagi orang cakap macam tu sebab tu kitorang suka cakap dia anak terbuang. Kahkahkah. Dulu selalu la cakap sampai satu hari,dia pegi senyap senyap dekat mak tanya"Alap,anak terbuang ke mak ?" Terus lepas tu,abah cakap jangan cakap macam tu lagi dah. Kot dia lari rumah tak pasal je kauu. Haha


Kemain bulat lagi muka kita time ni. MasyaAllah,memang beraya habis kau dengan muka bulat cenggini. Ni antara deret family kembangan belah abah tapi taksemua yang ada. Takcukup lagi 3family and Alhamdulillah,tahun lepas dapat jugak kumpul sama sama bergurau senda mesra dengan anak anak buah kazen kazen tersayang. Antara makngah dengan Abah walaupun abah anak sulong tapi makngah dah ada 2cucu dah and yang terbaru ni dah masuk tiga. Abah takde pun lagi siap anak bongsu baru nak masuk tingkatan 1. Yang makngah pulak tinggal sorang je yang tengah belajar lagi yang lain semua dah berkerjaya. Rezeki masing masing sayang. Just wait okay. One fine day,turn kita kita pulak follow kazen kazen kita. Inshaallah,Amin :)



Tembon gila. Taktaulah kenapa time ni main zoom zoom gambar pulak kan. Sakit hati betul kita tengok gambar ni tapi bulat dekat kita je. Dekat yang lain lain okay so kena la jugak letak gambar ni dalam entry so that kita macam far and square. Pakcik makcik deretan yang paling tinggi dah complete. Cukup dengan pasangan masing masing :)

Lovely cousin and siblings. Cousin yang depan sekali ni dah jadi mak orang dah tau. Anak dia cecomel putih gebu la. Suka sukanya haa. Memang macam dah takde tempat lain nak bergambar kan. Kisahlah pulak asalkan ade je tempat menarik and bersama sama so bolehlah snap sekali lagi. Haha

Kualiti gambar takberapa nak baik tapi still comel kan anak dengan ummi dia ni. First cousin kita yang dah kahwin. Muda muda lagi dah nak ada anak tau :)



Banyak lagi style style posing time beraya rumah tok jang ni. Rumah tok sedara pun boleh jadi tempat posing kitorang. Bedal jelah kan asalkan ada jugak gambar ramai ramai untuk tahun ni. So beautiful even susah sikit nak tarik minat anak sedara yang kecik kecik lagi ni. Plus time tu diorang tengah sakan dapat mainan memang jangan haraplah nak duduk elok elok tangkap gambar. Bola nombor satu wehhh. Sabar jelah. Haha
Alap pun sama nak join jugak,tu lagilah buat kita berapi. Last last,dia baling kerengga dekat kita. Kuangasam jawa betul sempat lagi dia cari kerengga semata mata nak balas dendam. Ayam betul lah. Memang meriahlah rumah tokjang time tu dah dapat kerengga kann. Haa. Boleh nampak sangat muka tak ikhlas Alap time snap gambar ni. Muahahaha.


Tangga rumah tokwan sendiri takdapat nak tangkap gambar so kita tangkap jelah dekat tangga rumah tok tok sedara yang ada. Cantik sangat rumah tok sedara yang ni tapi yang tak cantiknya time ni boleh pulak sakit perut so memang mood nak posing tu hilang terus. Tu akibat makan lemang yang tak ingat dunia time raya first so dapatlah habuan dia kann. Kesian -________-

Last destination mestilah dekat rumah maktok tersayang. So wajiblah berlama lama dekat sini sebab maktok isteri kedua arwah tokwan means nenek tiri kita. Walaupun maktok ni nenek tiri tapi dia layan kitorang sikit pun takde beza dengan anak anak cucu dia yang tak tiri. Kekadang dia ade jugak datang rumah and kalau time kenduri kenduri cousin sepupu sepakcik semua dia try jugak datang walaupun tokwan dah takde. See,even tokwan dah meninggal relations maktok dengan kitorang still sama macam masa mula mula dia dengan arwah tokwan dulu.

Kita janji ada part2 punya sebab cerita entry ni macam klgangster2 sikit sikit. Flashback jelah yang bagi sama pun. Hahaha. Just wait and read my entry okay. Hihihi 

Love,Cena :)

Friday, January 17, 2014

Majlis Sambutan Hari Raya 2013

Satu lagi cerita tahun lepas yang kita sengaja bawa sampai ke tahun duaribupatbelas ni. Maklumlah time masa yang ada betul betul banyak halangan selain dengan peratusan mood nak menulis tu berturun so lagilah jarang nak update and keberangkalian untuk update dimasa dan tahun akan datang sangatlah tinggi. Haha. Okay,jom start ! 
Tahun lepas kita sambut majlis hari raya dengan kakak abang abang mpm memandangkan kita praktikal patbulan dekat sana and jatuh pulak time bulan puasa dan raya memanglah sakan berhari raya dengan diorang ni. Sebulan puasa memang macam mendap sangat walaupun bazar ramadhan merata tempat dekat sini. Kira macam sekitar sekitar je takpayah menapak jauh jauh. And padah bulan syawal dengan staff mpm ni hanya Tuhan jelah yang tau. Bukan padah tapi lebih kepada rezeki melimpah. Sambut dengan Datuk YDP memang dah meriah melimpah ruah sangat dengan canopy yang besar besar,lauk pauk raya yang semua jenis ada. Ada pulak aiskrim lemang ketupat nasi hmpit beraneka reka. Adatlah rebut rebutan tu mesti ada selagi kita ni bukan untuk duduk dekat meja VIP. Haha


Nampak tak atas bukit dia macam mana ? Mendaki pulak aku tetengah hari ni -_-


Kemain sangat kitorang bersiap time ni ala ala datin seri semuanya padahal sebenarnya staff kena buat kerja kot .Datang sambutan hari raya tapi kena layan tetamu tetamu vip Datuk. Mak lah banyak gila vip dia sampai semua staff kena turun padang tolong. Ini memang kelakar sebab ruang rumah Datuk takdelah sebesar padang astaka pun sebab atas nun bukit Lumut tu so boleh bayangkan bila vip dia dah makin ramai ? Padat sendat macam tin sardin. Yang VIP pun masalah jugak,dah tau ramai sangat orang makan pun beragaklah jangan nak lama lama sangat tapi sebabkan kau datuk juga so kau sewa meja tu sampai esok pagi la ye. Kemain kauu.


Kakak kakak JTM yang awesome ^__^

Sebab dah taklarat nak layan tetamu vip datuk, kita kita ni pun berposing sakanlah sebelum balik. Posing sakan dengan peluh peluh lagi. Kau nampak tak,hasil titik peluh untuk kerja kerja amal boleh nampak dekat sini. Boleh nampak sangat okay. Time ni tolonglah percaya badan dah letih tak larat sangat dengan muka berpeluh lagi. Sangatlah make up pun dah cair berpusu pusu dengan majlis vip datuk ni ha. Balik dari majlis vip Datuk ni,memang semua terus rebah. Nasiblah sambut hari Jumaat so,bolehlah redah rehat lama sikit ganti balik tenaga yang dah dikerah. Banyak gambar sebab bosan sangat layan vip vip ni. Walaupun tak banyak songeh tapi diorang ni makan dengan sangatlah lama sampai kebas kaki kaki kita ni. Sob sob

Adik adik politek ganu kitee ^__^


Sebenarnya Kausar tak tinggi pun tapi sebab dia pakai wedges so dia sangatlah tinggi hari tu. Hahaha. Memain je. Kausar kurus sangat sangat sangat kann. Seronoknya dapat badan kurus ramping cantik macam dia. Maklumlah sayang,dia anak Penang anak mami tu. Cantik sangat rumah Datuk dalam  dekat atas bukit ni sampai terasa malas nak snap pic. Lagipun time ru,battery camera pulak buat hal so,lagi malaslah nak tangkap apa pa gambar. Tangkap mana yang sempat je.


Dengan si cantik Kausar :)

So far majlis Datuk ni okay okaylah takdelah havoc sangat and bagus jugaklah majlis macam ni kan takdelah sampai lupa diri sangat. Okay dah taktau apa yang sebenarnya yang aku nak cakap dekat sini hahaha. Actually macam banyak lagi yang nak membebel tapi macam dah lupa dah sikit sikit apa benda nak cakap sebab customer terlalu mencabar minda jiwa hari ni. Actually time kerja dekat Etak which is event company management yang agak gah lah dekat area Sitiawan Manjung,aku dapat tau kos sebenar Datuk punya majlis ni just based on Invoice dia. Mak Datuk kau. Seriously mahal gila gila gila sumpah membazir tapi yelah sebab kau Datuk kan so macam takdelah membazir sangat. Dalam pada canopy kipas kerusi dan segala galanya dah mencecah dopuloh ribu ringgit. Belum lagi catering makan makanan. Perghh. Untunglah Datuk datuk ni,dua habis macam tu je. Kalau dapat dekat orang orang macam kita kita ni,baik buat kenduri kahwin kot. Alhamdulillah,rezeki Datuk :)


Sue dengan Mai :)




Alhamdulillah. Habis majlis dengan datuk datuk tan sri semua terus cepat cepat balik malas nak tunggu lama lama. Lama lagi kau tunggu lagi cepatlah kau pengsan dengan crowded manusia lagi. Bau bau yang wangi lagi,tahan dan sabar jelah. Balik sempatlah posing satu dua pic dan sempatlah buat muka senyum senyum walaupun dalam diri badan ni,Allah je yang tahu penat dia macam mana. Goodbye. The end.





Love,Cena.



Thursday, January 16, 2014

R.I.N.D.U

Terasa rindu bertalu talu datang fikiran memang dah melayang tapi hati tahan,tangan mata semua tolong tahan. Takut kehilangan yang sebenarnya walaupun belum tentu kepunyaan diri sendiri. Kenapa jadi macam ni,ya Allah. Mungkin jarak masa yang aku cipta tiga bulan terlalu lama dan membuatkan perasaan itu makin jauh. Sebaknya rasa bila terpaksa menghadapi kenyataan yang sendiri dah nyata takdapat nak elak lagi. Ya Allah,kekuatan demi kekuatan. Keampunan demi keampunan. Hanya itu yang aku harap sebagai seorang insan. Rindunya masa yang lalu sewaktu aku tabik angkat setia padaMu yang satu dan aku rasa dalam kehadiranmu. Kembalikan semula kegemilangannya diriku padaMu. Jangan KAU hapuskan ia hanya kerana silap salahku dalam langkah perjalanan. Terlalu rindukanMu. Berpalinglah padaku ya Tuhanku. Pandanglah aku. Didiklah semula hati dan jiwaku seperti selalu



Akan sedaya upaya aku berusaha untuk memenangi hatiMu semula macam yang pernah aku lakukan pada manusia. Kerana melaluiMu,aku temui ketangan didalam jiwa. Gerakkan dakwah penulisanmu bagi pembacaan harianku wahai Inche Gabbana. Iman perlukan juga makanan sebagaimana tubuh badan. Inshaallah,rindu yang kali ini akan cuba aku tawan dengan kembali mendapatMu wahai Tuhanku.
  

Kau pernah beri aku ketenangan suatu masa dulu kutip aku semasa aku hampir sesat dengan dosa dan tak semudah itu untuk aku lupakan anugerah yang terindah buat diri yang kerdil ini. Rasa nak nangis rasa tak kuat rasa nak lari. Macam macam rasa dalam fikiran sekarang. Ya Allah,kuatkanlah jiwa jiwa dan hati hambamu. Dambakanlah rinduku ini hanya untukMu. Kekuatan aku hanya datang apabila aku mengingatkanMu,mencari dan membawaMu ke setiap jalan yang aku lalui. Kuatkanlah manusia ini. Kuatkanlah hati hati kami.




Awak ada dalam setiap doa dipenghujung solat saya. Rindukan seseorang tapi kali ini harapan saya kebergantungan saya hanya pada Allah. Jika awak bukan insan yang terpilih saya redha walaupun menangis. Allah merancang yang lebih baik sebaik baik perancangan buat diri saya. Kadang saya takdapat nak tahan gelisah buruk wasangka. Saya risau awak ada yang punya tapi saya lupa,awak Allah yang punya. Jika baik perancangan dan permintaan saya inshaallah rindu ini terubat juga suatu hari nanti.


Ya Allah,aku perlukan dia untuk bimbingku ke jalan syurgaMu untuk menuju bahagia untuk sama sama kejar ganjaran dan pahala berlipat ganda. Aku sama perlukannya untuk sama sama masuk syurga. Bantulah aku ya Allah. Redhakanlah jika dia bukan terbaik untukku dan makbulkanlah jika dia insan yang terpilih untuk bersama sama denganku. 


p/s: Kekuatan manusia daripada Allah. 
Rinduku padaMu ya Rabb 


Love,Cena :) 

Tuesday, January 14, 2014

C.I.N.T.A



Awak penah jatuh cinta ? Tipulah kalau takpenah. Tengok yang handsome charming sikit ada pulak kumis kumis yang lagi menambat hati memang serious awak terus jatuh cinta. Tengok lagi yang alim pakai lebai kain pelikat ayu ayu jalan kaki pegi masjid memang lagi confirm awak jatuh cinta. Awak sama dengan saya. Of course and for sure la kan sebab kita manusia kita sama. Yeay \0/ 
Dulu pun saya macam awak,dilanggar jatuh cinta yang dasyat sangat. Cinta saya berbalas. Saya tahu dia suka saya sebab dia selalu meluahkan and sama jugak dengan saya sebab saya selalu meluahkan. Rasa bahagia dengan jenis cinta yang saya cipta. Saya tahu tentang cinta utama yang perlu saya terap,pupuk dan semai kepada Allah tapi itu hanya kata kata yang keluarnya dibibir saat sesi pembelajaran tapi tiada ikhlas dan gerak didalam hati. Saya akui cinta kepada Allah cinta pertama sebelum manusia tapi saya lebih mengenali manusia sedalam dalam sifat tingkah laku suka benci daripada mengenali Allah itu sendiri. Saya hanya tahu saya perlu taat kepada Allah,perlu solat untuk elakkan neraka jahanam dan perlu patuh untuk ke syurga abadi. Hanya itu yang saya tahun tentang Allah dalam dopuloh tahun perjalanan kehidupan. Rasa hina kerana tidak sedalamnya saya mencari identiti pencipta yang menenangkan hati sebaliknya saya berusaha mencari cinta manusia yang menyakitkan hati. Cukup setakat sini.



Saya nak berubah naluri hati gerak minda ada rasa ingin berubah tapi taknampak jalan. Saya risau dihina dijatuhkan sebelum sempat berdiri dan dicemuh manusia sekeliling. Manusia biasa seperti saya tak sekuat mana. Saya bergantung harap dengan manusia lain dan akhirnya saya mencari sesuatu yang saya fikir dapat membantu saya berubah. Dan sekali lagi saya mendampingi manusia. Alpa dan lalainya saya meminta bantuan dari seorang manusia tanpa pernah berdoa dan bergantung pada Allah yang lebih mulia. Manusia insan biasa yang macam saya punyai pencipta. Ada yang sepenuhnya jujur dan ada yang sebaliknya. Menemui yang sebaliknya membuatkan saya kembali tersungkur dijalan yang lama. Saya pernah diam bisu tanda putus asa tapi kadang terfikir saya tak sanggup nak lalui api nerakanya. Di dunia sahaja dah dapat rasa perit dan sakitnya apatah lagi disana . 


Alhamdulillah akhirnya saya menemui jawapan dari jalan yang saya cari. Kuatnya saya dari Allah yang satu,bukan dari manusia yang beribu. Allah hadirkan insan ini untuk membuka mata saya. Saya yakin ini adalah kehendaknya. Melalui insan yang mempunyai gelaran inche gabbana,saya jatuh cinta dengan cara dakwah melalui penulisannya. Penyampaian yang cukup menyentuh kalbu dan hampir saja semua cerita mampu membuatkan air mata saya menitis. Allahu. Betapa dia mencintai Allah dengan sepenuh jiwa dan raga dan saya ? Kerdil terasa saat bertemu dengan manusia manusia sehebat ini. Sepanjang kehidupan ini,saya impikan syurga yang mahal harganya sedangkan saya hanya bergerak secara biasa. Pada saya Islam saya sudah cukup dengan solat lima waktu mematuhi dan menjauhi. Selebihnya saya lebih kepada dunia yang hanya ciptaan semata mata. Saya sedar kini Allah memandang saya dan mengharap saya kembali memandangNYA dan kerana saya tidak nampak Allah dengan mata kasar manusia saya telah mengubah pandangan dan memandang manusia. Kejamnya saya kepada pencipta saya sendiri. Kejamnya saya kerana menjauhi daripada mencintai kejamnya saya Ya Allah. Terima kasih untuk perjalanan selama in yang akhirnya saya menemui apa yang dikatakan hidayah. Mungkin belum sepenuhnya berubah tapi saya sendiri dapat rasakan betapa dekatnya Allah dalam diri saya sekarang tidak seperti sebelum ini. 


Lumrah manusia ingin disayangi dan menyayangi dan untuk cinta yang tulus kali ini saya mengharapkan redha Illahi. Jika jodoh saya diatas muka bumi ini biarlah dia bergerak bersama sama saya dalam mencari redha Illahi. Biarlah dia membimbing saya untuk ke syurga firdausi dan biarlah Allah merestui perhubungan ini dan biarlah juga dia mendahului Allah dari saya yang hanya manusia. Allahu. Dan jika bukan jodohku disini,biarlah pertemuan kami di syurga nanti. Perjalanan ke syurga itu sukar,banyak duri. Halangan yang berliku tapi saya yakin Allah akan memudahkan perjalanan hambanya yang ingin berubah.
Istiqamahkanlah aku dijalan lurusmu Ya Allah. Jalan yang menuju syurgamu. Jalan yang KAU redhai wahai Tuhanku. 




-Dosa adalah ujian. Mahu pulang ataupun terus dilalaikan"


p/s: roti dengan roti. nasi dengan nasi. 

  




12 January 2014

Alhamdulillah. I meet you again January.
Assalammualaikum. Memang dah lama tak update blog sebab bila ada masa nak keluarkan idea,banyak pulak halangan yang datang. Padahal,kalau nak dikumpul cerita cerita yang patut diupdatekan,dah cukup penuh satu novel Siti Rosmizah,Andai itu takdirnya. Haha
Okay,simple entry for this January. Happy Birthday to me ! Allah selamatkan kamu ! Selamat Hari Jadi ! joyeux anniversaire ! 


Thank you google. On time betul wish dekat kita rasa terharu la pulak siap dengan cake lilin segala banyak. I'm feeling lucky betul lah. Haha. Alhamdulillah,I'm officially 22 years old. Mungkin dengan usia yang sekarang ni ramai yang dah kahwin and fews of my friends yang dah ada baby sendiri lagi but not me myself. Jodoh tak sampai lagi and mungkin juga Allah nak bagi ruang dan masa yang ada ni untuk berbakti dulu dekat mak abah,adik adik. Inshaallah,prince charming kita yang soleh ada tengah tunggu kita ni. Amin :)

Cerita 2tahun lepas when I just 20 :)


And Im turn 22 right now. Rasa tua sangatlah pulak tapi jangan tak percaya adik praktikal dekat office panggil kita Cena je. Hehe. First time jumpa,dia ingatkan sebaya dia. Omaigaddd,sebaya dia that' means kita 19tahun sekarang ni. Alahailah adik oi. Mungkinlah nampak muda sebab kecik and pendek padahal dah tua sebenarnya. Time my birthday malam tu,teringat dekat Kiena Aifah Wanie and Fairus. Prank birthday celebration guna tepung for the first time on my 20th birthday seriouly hantu betul diorang ni. Haha  Nasib baik takde telur air geli geleman bagai kalau ada memang lagi hantu la kan. Haha. But thank you so much girlfriends,even dah dua tahun but still ingat lagi kenangan on that day. Funny with love <3


my girlfriends jangan lupa apa yang korang letak dalam ni tau. But it's okay. Im happy a lots that night. At least,they come and celebrate me :) Rindunya sangat dengan girlfren kita time diploma dulu. Birthday cake for this 22nd year tak upload lagi so kita just guna gambar lama sambil mengimbau memori dengan girlfren seri iskandar je,boleh kann. Hahaha :)



Kurung polka dot hadiah dari girlfrens. Thank you girlfrends sayang muah muah <3

Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih yang tak terhingga untuk umur yang ke dopulohdua tahun ni. Banyak pengalaman sepanjang perjalanan mencecah umur dewasa. Berhenti untuk mengenali,dalam sebuah pertemuan. Dan berpisah tak bermakna mengakhiri sesebuah persahabatan. Alhamdulillah,dikurniakan kesi
hatan dan akal fikiran yang baik. Keluarga yang bahagia,kawan kawan yang baik baik belaka. Semoga terus dan sentiasa mendoakan untuk kebaikan yang terus berpanjangan untuk tahun yang seterusnya. Semoga segala liku dan lecah perjalanan duaribupatbelas dapat dilalui dengan tenang dan sabar. Terima kasih untuk ucapan ucapan yang mendoakan,dan menenangkan. Semoga Allah membalas segala jasa baik kawan kawan yang kita sayang. And for my lovely girlfriend dari darjah satu,thanks a lot. Your sms,seriously touched my heart. I love youu !

Love,Cena :)


p/s: Allah selamatkan kamu 3x * Dato' <3