Friday, January 17, 2014

Majlis Sambutan Hari Raya 2013

Satu lagi cerita tahun lepas yang kita sengaja bawa sampai ke tahun duaribupatbelas ni. Maklumlah time masa yang ada betul betul banyak halangan selain dengan peratusan mood nak menulis tu berturun so lagilah jarang nak update and keberangkalian untuk update dimasa dan tahun akan datang sangatlah tinggi. Haha. Okay,jom start ! 
Tahun lepas kita sambut majlis hari raya dengan kakak abang abang mpm memandangkan kita praktikal patbulan dekat sana and jatuh pulak time bulan puasa dan raya memanglah sakan berhari raya dengan diorang ni. Sebulan puasa memang macam mendap sangat walaupun bazar ramadhan merata tempat dekat sini. Kira macam sekitar sekitar je takpayah menapak jauh jauh. And padah bulan syawal dengan staff mpm ni hanya Tuhan jelah yang tau. Bukan padah tapi lebih kepada rezeki melimpah. Sambut dengan Datuk YDP memang dah meriah melimpah ruah sangat dengan canopy yang besar besar,lauk pauk raya yang semua jenis ada. Ada pulak aiskrim lemang ketupat nasi hmpit beraneka reka. Adatlah rebut rebutan tu mesti ada selagi kita ni bukan untuk duduk dekat meja VIP. Haha


Nampak tak atas bukit dia macam mana ? Mendaki pulak aku tetengah hari ni -_-


Kemain sangat kitorang bersiap time ni ala ala datin seri semuanya padahal sebenarnya staff kena buat kerja kot .Datang sambutan hari raya tapi kena layan tetamu tetamu vip Datuk. Mak lah banyak gila vip dia sampai semua staff kena turun padang tolong. Ini memang kelakar sebab ruang rumah Datuk takdelah sebesar padang astaka pun sebab atas nun bukit Lumut tu so boleh bayangkan bila vip dia dah makin ramai ? Padat sendat macam tin sardin. Yang VIP pun masalah jugak,dah tau ramai sangat orang makan pun beragaklah jangan nak lama lama sangat tapi sebabkan kau datuk juga so kau sewa meja tu sampai esok pagi la ye. Kemain kauu.


Kakak kakak JTM yang awesome ^__^

Sebab dah taklarat nak layan tetamu vip datuk, kita kita ni pun berposing sakanlah sebelum balik. Posing sakan dengan peluh peluh lagi. Kau nampak tak,hasil titik peluh untuk kerja kerja amal boleh nampak dekat sini. Boleh nampak sangat okay. Time ni tolonglah percaya badan dah letih tak larat sangat dengan muka berpeluh lagi. Sangatlah make up pun dah cair berpusu pusu dengan majlis vip datuk ni ha. Balik dari majlis vip Datuk ni,memang semua terus rebah. Nasiblah sambut hari Jumaat so,bolehlah redah rehat lama sikit ganti balik tenaga yang dah dikerah. Banyak gambar sebab bosan sangat layan vip vip ni. Walaupun tak banyak songeh tapi diorang ni makan dengan sangatlah lama sampai kebas kaki kaki kita ni. Sob sob

Adik adik politek ganu kitee ^__^


Sebenarnya Kausar tak tinggi pun tapi sebab dia pakai wedges so dia sangatlah tinggi hari tu. Hahaha. Memain je. Kausar kurus sangat sangat sangat kann. Seronoknya dapat badan kurus ramping cantik macam dia. Maklumlah sayang,dia anak Penang anak mami tu. Cantik sangat rumah Datuk dalam  dekat atas bukit ni sampai terasa malas nak snap pic. Lagipun time ru,battery camera pulak buat hal so,lagi malaslah nak tangkap apa pa gambar. Tangkap mana yang sempat je.


Dengan si cantik Kausar :)

So far majlis Datuk ni okay okaylah takdelah havoc sangat and bagus jugaklah majlis macam ni kan takdelah sampai lupa diri sangat. Okay dah taktau apa yang sebenarnya yang aku nak cakap dekat sini hahaha. Actually macam banyak lagi yang nak membebel tapi macam dah lupa dah sikit sikit apa benda nak cakap sebab customer terlalu mencabar minda jiwa hari ni. Actually time kerja dekat Etak which is event company management yang agak gah lah dekat area Sitiawan Manjung,aku dapat tau kos sebenar Datuk punya majlis ni just based on Invoice dia. Mak Datuk kau. Seriously mahal gila gila gila sumpah membazir tapi yelah sebab kau Datuk kan so macam takdelah membazir sangat. Dalam pada canopy kipas kerusi dan segala galanya dah mencecah dopuloh ribu ringgit. Belum lagi catering makan makanan. Perghh. Untunglah Datuk datuk ni,dua habis macam tu je. Kalau dapat dekat orang orang macam kita kita ni,baik buat kenduri kahwin kot. Alhamdulillah,rezeki Datuk :)


Sue dengan Mai :)




Alhamdulillah. Habis majlis dengan datuk datuk tan sri semua terus cepat cepat balik malas nak tunggu lama lama. Lama lagi kau tunggu lagi cepatlah kau pengsan dengan crowded manusia lagi. Bau bau yang wangi lagi,tahan dan sabar jelah. Balik sempatlah posing satu dua pic dan sempatlah buat muka senyum senyum walaupun dalam diri badan ni,Allah je yang tahu penat dia macam mana. Goodbye. The end.





Love,Cena.



2 comments:

  1. amboi , ni korek almari lama bawah tanah ke ape?
    cerita zaman bila ni doe?
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Sekarang baru rajin,nak buat macam mana.

      Delete