Saturday, January 25, 2014

I.N.T.E.R.N.S.H.I.P

Minggu stress dengan maya bila kesabaran dah sampai tahap hujung hujung dah. Takdapat nak faham lagi jiwa raga seekor mak kucing dengan baik la maksud dia. Takpaham kenapa maya asyik merengek mengiau ngiau dua tiga hari ni padahal anak dia okay je. Maybe salah makan sampai perut kembung tak? Hmm,entah. Taktau. Kena study psikologi dengan doktor haiwan then baru masalah maya boleh settle. Actually dari tahun lepas lagi dah pasang niat nak update entry internship ni tapi macam biasa,tahun lepas punya cerita confirm sampai ke tahun ni lepas manusia pemalas ni jadi rajin nak update blog dia. Kahkahkah. 


Muka muka bahagia macam ni hanya time final week internship okay. Time baru nak berbahagia dengan kak ika :)

Mula minggu first tu,rasa macam besar sangat dugaan nak duduk dekat office seharian dari 8pagi sampai 5petang. Sebab masa dekat Uitm dulu dah biasa attend kelas sejam dua jam then ada gap rehat sambung pulak kelas petang so takdelah terasa sangat lama dia. Macam ni boleh tahan rasa lah lamanya nak tunggu pukul5 tu macam mana. Yang agak taktahan tu,bukan budak praktikal je yang taksabar nak thumbprint,kakak abang staff dekat office tu pun sama. Kahkahkah wakaka. Okay,taklawak -___-

Kewajipan yang paling wajib setiap hari.  Sakan depan kamera -_____-

Bosan sebenarnya jadi intern student dekat gov office ni sebab memang takbanyak kerja langsung. Minggu first je dah membazir dengan benda benda yang lagha dan tak berfaedah seperti facebook twitter beautifulnara blog dan exeteraa. Memang heaven sangat sebab wifi laju selaju lajunya dekat JTM ni. Masuk second week dapat pulak kawan baru,adik adik dari politek dungun. Time ni baru start kepala dia naik okay sebab dah ada geng. Masa minggu first memang abadi lah baik macam malaikat. Semua benda buat,semua benda senyum walupun tak rela. Eeeei,plastik segeri sangat. Plastik pun plastiklah kan. Nama baik imej semua kena jaga. 
Spesis yang sama memang selalu bergerak seiringan. Wakaka :P


Tugas besar untuk develop system still ada cuma sometimes semua benda buat sambil lewa sebab macam masa yang banyak and macam buat benda yang takdapat reward apa apa so macam lambat sikitlah nak jalan. Kadang kadang seminggu berlalu macam tu je,memang takjalan amende pun. Kahwakakahwakaka.Paling heaven bila dapat pulak kawan yang sekepala ni so masa banyak habis dengan aktiviti aktiviti yang seronok untuk dilakukan bersama sama contohnya keluar lepak makan,minum pagi jalan jalan pusing dalam giant and rehat lebih dari setengahjam tu dah memang selalu. Kena pandang serong ? Buat je muka tak kisah,takpayah nak terasa hati. Senang. Simple plan. Bumbumbum 


Luangan masa dihari Jumaat yang indah

Macam biasa goverment punya rehat time hari Jumaat paling syok sebab lamaaaaa sangat. Kau bayangkan dari pukul dobelas suku sampai dua patpulohlima. Panjang gila okay and memang paling suka lah nak lepak jalan jalan cuci mata bagi tambah serabut kepala time ni. Suka angat ! Paling suka sangat redah Aeon dengan Tesco jalan keliling sampai sakit kematu anak kaki,basahkan sikit anak tekak then balik office. Masa memula seminggu yang first,lepak dalam surau jelah sebab takde kawan nak have fun kan. Rehat tidur solat and Jumaat tulah yang paling malas sangat sebab terasa rasa nak balik dia tu. Tapi,sejak ada Sue Kausar dengan Mai,jumaat kita paling awesome sekali. Sometimes,taksabar nak tunggu Jumaat je. Wakakaka :P


Sue dengan Mai paling suka tempat kanak kanak ni. Layankan jelah walaupun kita dah tua. Manja gila sangat okay kite dengan Sue.

Final month time kita internship kak ika dengan kak mus pulak masuk. Kak mus masuk lambat sikit dari kak ika and mula mula kitorang macam dingin jugaklah dengan kak ika sebab dah agak lama berempat and tetiba tambah pulak lagi sorang so janggal pulak rasa. Tambah pulak kak ika macam senyap sikit dekat belakang so lagilah kita macam takrapat tapi alih alih time raya tu,kita dengan kak ika boleh kamceng habis okay. Kak ika ni rupanya fun habis takdelah bosan macam yang disangkakan. Sangkaan meleset. Wikikiki. Kak Ika nilah tempat borak borak and tempat kita dapat makan sate lebih time jamuan raya sebab dia takmakan sate. Kausar cakap susuk. Haha bedal je pandai diorang ni. And persahabatan kitorang terjalin makin rapat sampai keluar dinner and karaoke sama sama kot ! See,truly fun okay !


Pengcahayaan takberapa nak bagus time ni sebab kita kan internship free. Mane de duit nak beli diselerar wehh. Sob sob :'(

Kitorang memang selalu macam ni. Kadang kadang hijau semua sekali. Kadang kadang dua pink,dua purple. Kadang kadang,tudung same kaler memang jodoh kitorang kuat sangat walaupun takpenah plan pun. Tengok masa keluar dinner ni,mane de plan nak pakai kuning purple tapi boleh pulak tersama dengan Kausar. Mai dengan Sue pun sama jugak kaler biru. Alahai sweet sangatlah kitorang ni. Dumdumdum. Time ni kak ika jadi driver sebab kereta dia and dia yang snap picture ni so gambar kak ika takde di tempat kejadian tapi kejap lagi baru ada. Fuhfuhfuh. Taraaa :P

Kak Ika dah ada. Yeay ! Tolonglah percaya gambar ni tipu sangat hmm mane de manusia muka putih suci berseri tanpa kotoran macam ni,walaupun sebenarnya ada. Hahaha.

Malam keluar yang ni memang dalam sejarah sebab Abah dengan Mak bagi pulak kite keluar malam malam buta. Dahlah keluar malam,balik pulak awal pagi pukul 1 wehh. Memang betul betul lepak keluar malam ni dengan kak Ika. Yang penting,malam tu makan sampai perut penuh dengan seafood and bakat rendaman masing masing terserlah malam tu. Kak Ika rupanya ratu rock kot. Saling taktumpah macam Ella. Wehoooo !
Muka muka bahagia budak praktikal yang suka main main dalam office. Wakaka

Kau nampak dalam time office hour pun boleh lepak je makan sekerim. Haa,padanlah pun sebab dah final week  time tulah nak have fun lebih lebih pun. Minggu tu jugaklah nak buat hal pun sebab lepas ni takjumpa dah. Tambahan pulak boss kita cuti bersalin time tu so lagilah kita enjoy sangat dalam office tu. Setakat nak dengar kakak akak office bising,itu perkara biasa. Selebihnya kita happy happy jelah buat hal sendiri. Lagi best macam ni :)
Sehari lepas habis praktikal rasa rindu sangat dengan diorang. Just imagine lebihkurang tolakcampurdarab dalam patbulan jugak kita dengan diorang ni and alih alih blah macam tu keluar office,memanglah sayu sedih. Ingat lagi last day kita dekat office time tu Manjung hujan lebat pokok jatuh tumbang semua kilat angin semua,Kausar datang dengan basah kuyup menjerit jerit panggil nama kita dari luar. Kelakar okay,takkan lupa time tu. Wakaka


Thank you Kausar Sue Mai Kak Ika and Kak Mus. You guys mengindahkan lagi perjalanan hidup kita dalam dunia ni. Banyak lagi benda benda yang kita spend together like puasa sama sama membeli belah dekat bazar ramadhan berhujan berpanas main game dekat surau sama sama and macam macam lagi. We love and enjoy spend our time together and you guys so great and nice. Experience sebagai practical student dekat MPM takpenah mengecewakan even still ada jugak benda yang buat kita murung sedih but why not we just share about the happiness,right ? Benda sedih sedih kalau boleh taknak ingat langsung nak delete je terus dari memory. Benda yang sweet dan indah macam ni yang patut kita ingat sampai bila bila,kan ? Hehehehe. 

Internship Jun13-Sep13 with love <3


Love,Cena :)

p/s: Kita sayang awak awak semua :)







No comments:

Post a Comment