Tuesday, January 14, 2014

C.I.N.T.A



Awak penah jatuh cinta ? Tipulah kalau takpenah. Tengok yang handsome charming sikit ada pulak kumis kumis yang lagi menambat hati memang serious awak terus jatuh cinta. Tengok lagi yang alim pakai lebai kain pelikat ayu ayu jalan kaki pegi masjid memang lagi confirm awak jatuh cinta. Awak sama dengan saya. Of course and for sure la kan sebab kita manusia kita sama. Yeay \0/ 
Dulu pun saya macam awak,dilanggar jatuh cinta yang dasyat sangat. Cinta saya berbalas. Saya tahu dia suka saya sebab dia selalu meluahkan and sama jugak dengan saya sebab saya selalu meluahkan. Rasa bahagia dengan jenis cinta yang saya cipta. Saya tahu tentang cinta utama yang perlu saya terap,pupuk dan semai kepada Allah tapi itu hanya kata kata yang keluarnya dibibir saat sesi pembelajaran tapi tiada ikhlas dan gerak didalam hati. Saya akui cinta kepada Allah cinta pertama sebelum manusia tapi saya lebih mengenali manusia sedalam dalam sifat tingkah laku suka benci daripada mengenali Allah itu sendiri. Saya hanya tahu saya perlu taat kepada Allah,perlu solat untuk elakkan neraka jahanam dan perlu patuh untuk ke syurga abadi. Hanya itu yang saya tahun tentang Allah dalam dopuloh tahun perjalanan kehidupan. Rasa hina kerana tidak sedalamnya saya mencari identiti pencipta yang menenangkan hati sebaliknya saya berusaha mencari cinta manusia yang menyakitkan hati. Cukup setakat sini.



Saya nak berubah naluri hati gerak minda ada rasa ingin berubah tapi taknampak jalan. Saya risau dihina dijatuhkan sebelum sempat berdiri dan dicemuh manusia sekeliling. Manusia biasa seperti saya tak sekuat mana. Saya bergantung harap dengan manusia lain dan akhirnya saya mencari sesuatu yang saya fikir dapat membantu saya berubah. Dan sekali lagi saya mendampingi manusia. Alpa dan lalainya saya meminta bantuan dari seorang manusia tanpa pernah berdoa dan bergantung pada Allah yang lebih mulia. Manusia insan biasa yang macam saya punyai pencipta. Ada yang sepenuhnya jujur dan ada yang sebaliknya. Menemui yang sebaliknya membuatkan saya kembali tersungkur dijalan yang lama. Saya pernah diam bisu tanda putus asa tapi kadang terfikir saya tak sanggup nak lalui api nerakanya. Di dunia sahaja dah dapat rasa perit dan sakitnya apatah lagi disana . 


Alhamdulillah akhirnya saya menemui jawapan dari jalan yang saya cari. Kuatnya saya dari Allah yang satu,bukan dari manusia yang beribu. Allah hadirkan insan ini untuk membuka mata saya. Saya yakin ini adalah kehendaknya. Melalui insan yang mempunyai gelaran inche gabbana,saya jatuh cinta dengan cara dakwah melalui penulisannya. Penyampaian yang cukup menyentuh kalbu dan hampir saja semua cerita mampu membuatkan air mata saya menitis. Allahu. Betapa dia mencintai Allah dengan sepenuh jiwa dan raga dan saya ? Kerdil terasa saat bertemu dengan manusia manusia sehebat ini. Sepanjang kehidupan ini,saya impikan syurga yang mahal harganya sedangkan saya hanya bergerak secara biasa. Pada saya Islam saya sudah cukup dengan solat lima waktu mematuhi dan menjauhi. Selebihnya saya lebih kepada dunia yang hanya ciptaan semata mata. Saya sedar kini Allah memandang saya dan mengharap saya kembali memandangNYA dan kerana saya tidak nampak Allah dengan mata kasar manusia saya telah mengubah pandangan dan memandang manusia. Kejamnya saya kepada pencipta saya sendiri. Kejamnya saya kerana menjauhi daripada mencintai kejamnya saya Ya Allah. Terima kasih untuk perjalanan selama in yang akhirnya saya menemui apa yang dikatakan hidayah. Mungkin belum sepenuhnya berubah tapi saya sendiri dapat rasakan betapa dekatnya Allah dalam diri saya sekarang tidak seperti sebelum ini. 


Lumrah manusia ingin disayangi dan menyayangi dan untuk cinta yang tulus kali ini saya mengharapkan redha Illahi. Jika jodoh saya diatas muka bumi ini biarlah dia bergerak bersama sama saya dalam mencari redha Illahi. Biarlah dia membimbing saya untuk ke syurga firdausi dan biarlah Allah merestui perhubungan ini dan biarlah juga dia mendahului Allah dari saya yang hanya manusia. Allahu. Dan jika bukan jodohku disini,biarlah pertemuan kami di syurga nanti. Perjalanan ke syurga itu sukar,banyak duri. Halangan yang berliku tapi saya yakin Allah akan memudahkan perjalanan hambanya yang ingin berubah.
Istiqamahkanlah aku dijalan lurusmu Ya Allah. Jalan yang menuju syurgamu. Jalan yang KAU redhai wahai Tuhanku. 




-Dosa adalah ujian. Mahu pulang ataupun terus dilalaikan"


p/s: roti dengan roti. nasi dengan nasi. 

  




No comments:

Post a Comment