Thursday, September 5, 2013

Bersantai di kediaman PakCik Setabak :)


mood rajin nak menaip dah datang semata mata sebab kakak gorgeous kita dah transfer gambar kitorang lepak sesama semalam dalam pendrive. Rasa bahagia sangat tengok gambar gambar tu sampai rasa nak update entry sekarang jugak. Fulamak,semangat je lebih ni. Kejap lagi tak update jugak sebab diganggu oleh persekitaran yang luar biasa bisa dekat office ni. Memang hmmm sangat tauu !
Petang semalam dengan baju kurung kerja yang memang lepas time kerja pun kita lepak dengan kakak gorgeous kita dekat Aeon. Memang dah janji nak belanje dia bersantai dekat kediaman pakcik setabak before dia balik Melaka so kita enjoyyy semalam :)
First thing yang kite dengan Ijah wajib buat mestilah bergambar berdua didalam toilet. Ini memang wajib. Memang terlalu wajib setiap kali keluar. Nah satu gambar wajib kita dengan Ijah :)

With kak gorgeous kita yang peha dia dah semakin mengecik. Kita ? Sob Sob :(


Dah bergambar dalam toilet,lepak dekat luar pulak. PDI,Watson semua main terjah je semua tester yang ade dalam tu. Dengan segala bb cream brand yang mahal mahal tu semua kita main sapu. Memang sedap terangkatlah pakai bb cream brand diorang tu,sesuailah dengan jenama dan harga diorang tu. Walaupun mahal,tetap paling sedap dipakai. Masa taklama so takdelah nak pusing satu Aeon tu macam selalu sebab kejap lagi bising pulak Bonda tercinta dekat rumah. Pusing pusing satu dua tiga kedai baju terjah kedai kedai makanan sesedap rasa dekat situ then kita sampai dekat kediaman pakcik Setabak dengan Ijah. Ehem ehem. Coffee time :)

 Comel je adik yang amik order tu letak smiley dekat air kita. So sweet :')



Sampai dekat kaunter tu kena queue panjang pulak sebab banyak pulak mamat mamat mate sepet yang nak minum coffee petang ni. Queue dengan buat muka bosan and finally adik yang comel serious muka putih mix habis panggil nak ambik order. Dahlah cute,nasib baik tak mintak jadi adik angkat je. Haha.
Malam Sabtu lepas dah try Caramel Macchiato dengan Dark Mocha Frappuccino. Caramel tu memang sedaplah and yang tu khas untu Abah dengan Mak. Dark Mocha tu boleh tahan sedap jugaklah tapi sebab dia Dark so macam pekat pahit sikit rasa dia. Ijah mintak Caramel Frappucino and kite nak try Espresso Frappucino. Seriously Caramel tu memang sedap gila and more better than Espresso yang pahit manis sikit. Dah lepas dapat coffee,sengaje lepak pulak dekat kediaman pakcik Setabak sesambil minum dan bergambar. Ini haruslah menjadi perkara paling main. Macam minyak Ron95 yang tengah naik sekarang. Bukankah minyak tu adalah barang main. Eh. Main kat sini bermaksud utama dan bukanlah main main. 


Iklan colgate iklan muncung dan segala jenis iklan gigi wajib tersangatlah wajib :)


Duduk duduk bersantai borak borak kalah menteri menteri yang tengah membincangkan projek 150juta padahl tengah cari idea cemane nak snap gambar berdua dengan cara yang senang tanpa orang lain perasan dan akhirnya muncul gambar gambar macam dibawah. Ingat senang ke nak letak gambar berdua tanpa ade orang ketiga. Susah hoi,susah sangat tauu.

Kakak kakak gorgeous yang gigih nak bergambar. Smile :p

Gigih sangat nak snap gambar dengan segala kemungkinan yang ade ni. Janji ade pakcik setabak :)

Nak story sikit pasal pakcik coffee setabak ni. Ingat kita sebagai akak akak yang lagi gorgeous dengan praktikal free of charge dekat MPM tu mampu ke nak minum setabak ni ? Ingat mampu ke dik ? Silap jalanlah. Satu coffee dah dekat sepuloh sebelas due belas tiga belas ringgit. Takmasuk frappuccino lagi kemain sampai lima belas ringgit malaysia kau padahal kuantiti sama tarap je Encik Cool blog yang harga tiga ringgit setengah tu je.
Bulan puasa lepas,kak kiena kita ade join buat logo untuk satu company ni and sesiapa yang bertuah sebagai voters akan dapat kad dari pakcik setabak and ade voucher lima puluh hinggit dalam tu. And diatas faktor itulah kita dengan kakak gorgeous kita ni bersantai dikediaman pakcik setabak petang semalam. Wehuuu :p



Terserlah kegembiraan bersantai di kediaman pakcik Setabak :)



Paksa adik dekat kedai big apple snapkan gambar berdua ni. Haha

Thank you kakak gorgeous sebab spend sedikit masa dengan kita. Actually Ijah nak balik Melaka dah sambung sem sem mencabar yang seterusnya sebagai budak elektrik so kita ambik jugak sedikit masa nak dating dengan dia. Melaka-Perak boleh tahan jauhnya kak.
All the best for your new semester kakak. Me love you :)






Kemain sangat panggil kakak gorgeous padahal kita lagi tua dari Ijah. Perasan muda sekejap. Lantak situuuuu :p

Sunday, August 4, 2013

Perhimpunan Bulanan Majlis Perbandaran Manjung

Sebenarnya mengantuk gila dekat office pagi ni. Taktau kenapa boleh mengantuk padahal pagi tadi takdelah bangun awal mane pun. So bila mengantuk wajarlah kita buat benda benda yang cool supaya tidak kekal mengantuk. Banyak kan perkataan mengantuk,haha. Abaikan,please. Jumaat lepas company kita ada buat Perhimpunan Bulanan and memang diorang dah biasa serious attend assembly macam ni tetiap bulan. Time ni semua staff akan dengar ucapan daripada Datuk and time ni jugaklah hadiah sijil perhidmatan cemerlang staff,Datuk sendiri sampaikan. Serious rasa macam zaman sekolah sekolah dulu pulak. Pengetua bagi hadiah sijil dekat student yang cemerlang. Siap dengan lagu Neraku,Lagu MPM,doa semua. Memang macam assembly time sekolah dulu


We love each other :)

And sebab first time kena attend assembly macam ni so kitorang ni macam blur blur la sikit tapi still belajar dari pengalaman. Bila sampai depan dewan Alamanda tu,terus masuk serbu kerusi kosong,takmacam dulu yang duk terpinga pinga dulu then barulah nak terhegeh hegeh cari kerusi kosong. Then follow staff staff lain nyanyi lagu Negaraku tapi bila sampai lagu MPM semua diam seribu bahasa sebab first time dengar kan. Haha
Habis assembly pagi tu,Datuk ajak staf ramai ramai snap pic dekat lobi office maybe sebab staff lelaki ramai yang hemsem comel pakai baju melayu kan.

Girls dengan En. Baha :)


Bosan tunggu lama sangat nak tangkap gambar dengan Datuk so kitorang tangkaplah gambar sesuka hati dulu dalam office. Nasib baiklah En. Baha nie memang sporting so happening jugaklah hari tu kann. Yeay :)

Internship 2013- Meriah sungguh kitorang dalam office ni :)




Pesyen tangkap gambar sweet sweet acah comel comel. Haha

Kita takde idea dah nak melakar ayat sebab baru je habis stalk blog Inche Gabanna siap nangis sedu sedan lagi. Followlah blog beliau,banyak manfaat yang kita boleh dapat bersama. Inshaallah.


Saturday, July 27, 2013

28 July 2013

Assalammualaikum. Tarikh yang sangat bermakna sebenarnya hari ni untuk sahabat yang dah dua bulan kita kenal. Thank you. Kenal dengan awak Dato' buat kita semakin dekat dengan sesuatu yang kita memang nak dekat. Alhamdulillah. Mungkin awak hadiah dari DIA. Lima bulan lepas kita terasa hilang tempat nak mengadu,taknampak langsung jalan lepas terus terusan kena tipu. Mengharapkan cinta dari manusia and time tu,terasa takde hala tuju yang betul langsung. Teringin nak mendekati balik apa yang dah lama kita tinggal dan jauhkan and finally kita jumpa dengan awak. Awak kawan yang baik. Sahabat yang selalu ade dengan saya di masa saya rasa saya perlukan bimbingan. And bimbingan dari awak buat saya semakin dekat dengan sesuatu yang pernah saya jauh. 
Ada sesuatu yang saya kagum dengan awak. Cara layanan yang tak terlalu memberi harapan walaupun satu masa dulu awak pernah berjanji. Awak still layan saya macam manusia biasa and sekarang saya sedar kenapa. Awak taknak kita terlalu berharap dengan orang sebab kita ada Allah. And awak bukan jenis orang yang romantik,berdrama dan lengkap full attention as a boyfriend but awak lebih kepada someone yang nak membantu memberikan semangat untuk hidup dalam cara Islam. And sekarang,awak buat saya sedar sepatutnya saya dah lama bergantung dekat Allah,dekatkan dan luahkan semuanya pada DIA and bukan pada seseorang yang saya pernah panggil boyfriend satu masa dulu. Thank you awak.
Untuk bulan yang kedua,kita kenal Dato' as someone yang islamik tapi lepak lepak je. Dato' ajar kita tegur orang dengan cara yang berhemah and yang paling penting,tak menghukum orang yang buat salah tu dengan senang senang je. Kita kena kuat dalaman dulu and automatik luar kita akan kuat jugak. Banyak yang kita belajar dengan Dato'. Kalau dulu,kita diajar senyum dengan hadiah hadiah mahal siap pos semua bagai tapi sekarang kita lagi rasa tenang untuk senyum bila dapat link youtube yang lagi bagi kita banyak ilmu dan manfaat. 
And pertama kali dalam sejarah ramadhan kita,kita rasa ini yang paling bermakna. Banyak yang kita belajar dengan Dato' and yes bukan sekadar belajar. Praktikanlah jugak kan. Selama ni kita takpenah nak ambik kisah pun,surah doa ayat ayat Al Quran yang sebenarnya banyak yang kita taktau. Tapi Dato' takpenah lekeh lekehkan kita. Dia siap cool lagi bagitau ohh,jangan lupa bukak ayat ni,ayat tu. Semua ade dekat youtube kalau malas sangat nak cari. Hmmm,hmmm. 
Dulu kita suka emosi bila kita rasa Dato tak layan kita macam orang dulu penah layan kita. Dato' tak ade setiap masa dengan kita macam yang dulu. And penah satu hari,kita bagitau Dato' supaya terus terang kalau tak suka dengan kita or ade orang lain. Ayat yang paling kita ingat "kenapa,awak dah ade orang lain ke ?" only that word. And bila kita cakap tak,terus dia sambung topic lain. Lepas tu,dia cakap macam ni,kita kena relax buat buat biasa je. Dulu kita tak faham and after terbaca satu ayat ni dekat facebook,baru kita faham. 
"Kadang kadang Allah biarkan kita sendirian tanpa ada sesiapa disisi sebab Allah nak kita rindu dan ingat padaNYA" Lebih kurang macam tu ayat yang kita dapat dekat facebook and fews day later,Dato' pulak send sms macam tu dekat kita. 
And now,i realized something in my life and yes in our relationship. Dia takboleh nak berjanji yang saya akan jadi miliknya and sebaliknya jugak macam tu. Takde apa apa jaminan dia akan jadi milik saya suatu hari nanti. And sebab tu,Dato' tak pernah beri harapan,dalam setiap ayat,dia tak pernah bermadah macam orang lain. And sekarang saya selesa macam ni.Pesanan Dato yang tak pernah lekang dari sms and mulut dia,selalu berdoa. "Jangan lupa doa dekat DIA"," Doa banyak banyak tau" "Selalulah doa dekat Allah"
Dato' ajar kita bergantung harap dengan Allah bukan dengan janji janji dari dia sebab kita taktau apa yang jadi masa akan datang. Mungkin dia bukan jodoh kita and mungkin Allah dah tetapkan sesuatu yang lebih istimewa untuk kita and mungkin Dato' just hadiah pinjaman dari Allah untuk kita. Kita semua taktau. Alhamdulillah. Semoga persahabatan ini kekal hingga ke akhir hayat ya Allah. Walaupun sekadar sahabat,hubungan ini dah cukup istimewa dengan perasaan untuk menyedarkan. 

"Cinta bukan milik kita tapi cinta milik ALLAH"
Jika dia bukan milik kita,janganlah kecewa kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

p/s: Dato' selalu pesan,lepas solat letak tangan dekat dada baca surah Al Fatihah sambil bayangkan seseorang yang kita rindu,suka :')



Thursday, June 27, 2013

Camera, Gitar, Chrissy, banyak lagi yang saya belajar tentang diri awak dalam sebulan ni. Mula dengan sms Ahlan yang buat saya tertarik nak dekat dengan awak walaupun saya takut sebenarnya tapi Alhamdulillah perkenalan yang singkat tapi buat saya selesa dengan awak. Nak tunggu awak reply sms memang ambil masa yang lama tapi sebab isi sms awak yang selalu buat saya ketawa and kadang kadang bermanfaat untuk saya jadi saya tunggu. Walaupun lambat tapi sms awak tetap dapat buat saya tersenyum. Terima Kasih awak.

Awak selalu ingatkan saya dengan benda yang banyak saya lupa. Borak dengan awak,awak selalu selitkan bab bab agama yang bagus untuk pengetahuan saya. Yang kadang kadang buat saya sedar,Islam saya hanya pada kad pengenalan. Saya sendiri tak mendalami agama Islam itu. Tapi,awak dah bawak perubahan dalam hidup saya. Saya cuba nak rasa macam mana awak merasai ketenangan dalam solat Subuh dan maghrib awak. Saya pergi masjid,duduk dalam tu lama lama,saya nak rasa sendiri ketenangan dekat rumah Allah. Alhamdulillah,untuk sebulan yang bermakna,Allah bagi saya hadiah yang cukup bernilai dekat saya. Terima kasih awak.

Awak berjanji dan saya mengharapkan awak tunaikan janji tapi sekarang saya sedar,tak layak untuk saya mengharap janji tu ditepati. Allah mungkin pinjamkan awak sebagai hadiah untuk saya berubah bukan pemberian selamanya. Saya kena terima semua tu. And yang lagi saya pasti,lelaki sebaik awak ada wanita yang terbaik menanti dekat luar sana. Tengok balik diri saya yang takberapa nak baik ni buat saya sedar awak. And sekarang,saya hanya mendoakan yang terbaik untuk awak. Berdoa awak mendapat yang terbaik dari DIA. Terima kasih awak.

Awak suka Kuala Lumpur,sama macam saya. Teringat masa mula mula kenal awak,banyak persamaan kita kan. Kita boleh jadi BFF la awak. Awak antara yang tak mudah marah,awak tak cepat melenting,awak sentiasa senyum,geram pun awak senyum jugak. Ini satu benda yang buat saya bertambah suka dekat awak. And yes,awak sangat memahami. Beruntung bakal isteri awak nanti dapat husband yang sangat memahami. Takmudah marah. Mungkin sebab awak selalu dekat dengan Allah so awak jaga semua. Bahagianya kalau dapat awak. Okay,abaikan saya. Haha



gambar yang lain khas untuk saya kan so,takboleh upload.
Jangan risau,saya akan selalu doakan awak dapat jadi doktor yang handsome. Aminn.
Terima kasih awak,terima kasih Encik Sazrul :)

Friday, June 14, 2013

New Enviroment

"Hello,ye. Nak cakap dengan siapa ?" Haa,ini bukan kerja aku tapi kerja si WanAizu. Tetiap kali phone office bunyi memang dia jadi sasaran,kalau tak dia pun Amirul. Haa,cukuplah dua jejaka handsome lagi perasan ni yang jadi operator dekat JTM ni. Haha.
Hari ni genap 5hari kita dekat Jabatan Teknologi Maklumat,Majlis Perbandaran Manjung. And start dari Isnin lepas kita wanAizu Amirul dengan Mai dah menjadi sebahagian daripada staff JTM. So far time first day tu memang cuak nervous gemuruh luruh semua jantung hati limpa tapi bila dah dapat meja bosanlah pulak. Plus akak abang bos kecik dengan bos besar office ni busy dengan ISO bagai so kitorang berempat ni macam tak dilayan sangat cuma ade jugaklah sesi ice breaking dengan bos kecik merangkap kawan abah.


Antara gambar yang menghiburkan hati time dekat office :)

And bosan serious bila semua staff kenal abah padahal abah dekat Jabatan Penilaian atas kot tapi semorang kat bawah ni duk sebut "Ooo,anak abang latip". Hilang terus nama glamour cena. Wuwuwuwuuu. Hari first tu segan betul sebab ramai sangat yang kita kenal tapi lucky dekat JTM takdelah muka muka familiar jumpa time hari keluarga bagai semua so,bolehlah kita berlagak cool dalam ni. Tapi still bos kecik tu kenal Abah kot and maksudnya tak bebas sangat -_-
And diorang semua baik baik. First experience sebagai staff office ni memanglah best sebab seharian duduk dalam aircond. Sejuk sampai kepetang bila keluar office habis merah semua muka tapak tangan. Kaki tak merah dah sebab kita dah pakai stokin. Wawawa. Mungkin perubahan awal. Inshaallah,lepas ni pakai sarung tangan pulak.



Gambar menarik yang penuh motivasi :)


Alhamdulillah finally first week intership berjalan dengan smooth. Takde pape masalah luar dan dalam and pejam celik pejam celik dah hari Jumaat and minggu depan dah start second week. And diorang ni pun lawak jugak rupanya. Tengok time dekat kampus dulu kemain lagi senyap jalan tunduk bawah,sekali datang sini siap bahan membahan lagi. Usik tu memang normal la. Tak kenal mak tak tauuu. Dah kenal rapat,baru nampak.



you heart me tumblr 

Semoga minggu seterusnya pun okay okay macam biasa and harap sangat dapat maintain datang awal macam minggu ni. And harap dapat kawan dengan akak abang office ni even diorang majority dah kahwin pun. Selamat Datang Praktikal. My new life and new enviroment :)

Friday, June 7, 2013

Al-fatihah

Alhamdulillah. Finally,ada jugak kesempatan nak update blog. Memang dah terasa rasa sangat nak update blog before start practial next week. Semalam time kita sibuk dengan ucapan Salam Israk Mikraj 1434 Hijrah tetiba terbaca satu tweet,meremang terus bulu roma. Terdiam sekejap rasa dada sesak dengan apa yang ada depan mata sekarang. Teha dah takde. And hanya itu yang mampu otak kita terima,yang lain dah taknampak bila air mata laju mengalir. Dua tiga empat kali kita baca balik tweet yang sama and ternyata betul kawan kita dah pergi menghadap Illahi. Sebak sayu terkejut terdiam kita bagitau mak pasal Teha. Ayat mak "Doakan untuk arwah,tak elok nak bersedih sedih macam ni" And time tu kita terfikir macam mana dengan Kiena and seriously rasa nak peluk kiena kuat kuat je. Dapat kita bayangkan perasaan Kiena and mesti dia lagi terasa kehilangan Teha. Arwah kawan dia yang paling rapat. And sebulan duduk dengan Kiena time 3P,kita dapat rasakan rapatnya diorang. Wechat sama sama,and yes banyak yang kitorang borak mesti ada kait kait nama Teha sekali.Sampai macam tu sekali rapatnya diorang. Dekat twitter lagi and time tu kita stop nangis sebab terfikirkan Kiena. Kiena lagi rapat dengan arwah and semestinya dia lagi teruk kalau boleh nak nangis sebab lagi banyak kenangan diorang sama sama. And kita terbaca tweet reply kiena,dia nampak tenang sangat. And yes time tu terfikir untuk apa nangis seharian pun sebab yang pergi takkan kembali plus Teha sendiri mesti tak suka tengok kawan kawan dia macam tu. Better kita sedekahkan doa yang tak putus putus moga arwah tenang disana.

   Memory :'(

Nurul Fatehah binti Sehat. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk kita kenal dengan arwah walaupun sekejap. Meninggal diusia muda,sebagai peringatan kepada kita yang masih hidup untuk tak terleka dengan nikmat dunia dan usia. Allah lagi menyayangimu,Teha. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Al-fatihah 

Wednesday, May 22, 2013

Last night love

The truth is I stopped talking to you not because I don't ever like you anymore but I just give you more space and time to change. Pretty change to become the new one and the new for me. And now I know it was hard for you to change,maybe you feel better in the old you or maybe you feel pretty great to just be like that way. So,I accept that and come to the reality that we are never ever getting back together.

I wish I could erase all those memories from my mind 

I keep myself busy with things to do and keep myself strong without you. I can't lie but sometimes,i miss you. But I will not make the same mistakes that you did because you knew I love you and you broke my heart anyway. Now,I tell people that I hate you even I know I could never hate you but I want to.I wanted you to chase and fight for me but you just stay there without doing anything. So,i'll make a move because you just a chapter in the past and please don't ever come again cause I don't to play this game anymore.Just go.


Don't lie and be mature dude and you will find your dream girl out there.
Just do that because you just perfect but you will be much perfect without that kind of attitude. Believed me. And now my heart finally said "enough is enough" :) Move on and stay strong. And please stop talking about the new guy in my life because I don't have any. I won't give my heart to the wrong guy again because I got my lesson from loving you.
Take care and goodbye. I miss you,Kuala Lumpur :)

  

Friday, May 17, 2013

25 January 2013

Assalamualaikum
Blog dah berhabuk. Tolonglah mood rajin nak update datang selalu,barulah best siap tak berhabuk lagi blog kita. Entry ni sepatutnya dah lama tapi sebab malas yarabbanna nak taip so terbiar je dekat 2 3 4 bulan sudah. Ohh,sedih. Awal semester lepas,time cuti midsem kita sesenyap balik rumah cik Ija sebab dah lama gila tak dating dengan dia. And luckly time tu dia pun ade dekat rumah so,bersantailah 2 3 hari dekat rumah Ija. Seriously rinduu gilos nak lepak lepak dekat rumah dia macam time dajah 1 2 dulu.  Memang bukan duduk sesaje lah kann,wajiblah berjalan jalan sakan jugak kann. Ijah ambik kita dekat bus stop depan The Store and after that terus pecut pergi Tesco beli barang masak memasak. Time ni,cik Ija bukan main rajin nak masakkan kita sphageti. Okay,memang sedap plus meatball dia memang sedap gila.Nampak tak dekat sini Ijah dah cukup complete nak jadi surirumahtangga kann. Untunglah cik future suami Ijah. Hewhewhew

Lunch with her will make me forever happy <3

And esok pulak,kita start berjimba seharian dengan Ijah. Macam macam plan dalam kepala,nak pergi sini,sana,situ tapi last last Aeon Manjung jugak yang diterjah. Window shopping haruslah tapi masuk je Daiso dah takjadi window shopping weh. Semua benda rasa nak terkam. Rasa semua cecomel serious tak tipuu. Sumpah woi. And berkenankan beberapa barang,kita dengan Ijah siap share lagi tau. Comel kann ? Hihhihi.


Fitting room adalah tempat yang forever sesuai untuk dapatkan pose pose yang menarik daripada model model yang tak bertauliah. Mohon faham. Time ni,nak posing segala maut pun boleh sebab takde orang perasan pun. Huihuihui. Lama gila menapak dalam tu bukan sebab try test cuba baju pun. Sengaje aku mensibukkan diri nak pose dekat dalam ni padahal Ijah tengah sibuk memilih sesuai kurung moden yang dia nak beli. Haha. Sengaje ni sengaje :P


Teluk Batik,Perak

Macam biasa Ijah memang suka sangat laut kan so after berjam jam dekat Aeon teruslah kitorang bertapak dekat Teluk Batik acah acah couple yang paling sweet duduk sambil tudung terbang terbang dek angin tepi laut. Fuhh,memang santai sangat taktipu :) 
Sushi dengan meatball jelah yang sempat kitorang melantak petang tu sesambil makan menikmati angin tepian laut and yes Ija ade jugak beli Auntie Anne and bolehlah tahan sedap dia sampai melekat lekat coklat dekat tepian bibir. Hehehe


Wajiblah posing ala retis gituu :P

Tolonglah berhenti makan. Tolonglah tolong XD

Memang takkan terjadi cerita dia. Kat mane mane menapak pun wajib nak makan. Memang sepatutnyalah berat tak turun tapi tambah lagi adelah. Hahaha. Dalam surau Aeon gila sumpah serious sejuk taktipu. Wajiblah posing dulu before balik memandangkan takde jemaah yang selain daripada kitorang kat situ. Almaklum,weekdays kann :)

 Suci sesuci bayi baru lahir sangat. Ok tipu !

And after seharian suntuk bersama sama berjimba dengan cik Ijah then kita balik rumah pulak. Penat serious tapi happy sangat beberapa hari dengan Ijah. Moment yang paling best,makan ice cream atas katil sesama sesambil layan cerita seram pahtu terus tertidur. Seriously takkan dilupakan. Almost 21 dah and persahabatan kitorang dah pun dekat 14tahun and we stay happy together. Love you dear bestfriend. xoxo


Yes,she's my bestfriend. My forever bestfriends <3