Wednesday, November 23, 2011

Pengalaman jadi penyokong Malaysia memang syiokk habis :-)

Assalamualaikum :-)
Hye guys. Esok I nak curi-curi balik rumah sebab dah rindu giler kat rumah nie. Fine ! Tak sampai seminggu stay kat SI tapi dah tahap meroyan nak balik lagipun class hari-hari macam tak class je. Sebab lecturer masuk 2 3 saat dah keluar. Aigoo. I duk bersiap dari pukul tujuh setengah lagi tambah dengan jalan kaki dari bilik yang agaklah kejauhannya last-last macam tuu je. Haish la,membazir baju kurung I jee.
Ehh last Isnin korang semua tengok bola tak ? Final dengan Indonesia tuu. I tau lah,I macam dah lambat daripada orang-orang lain tapi lantak situu. I rase I kena update jugak supaya I tak lupa tarikh hari tuu. Jujurlah I bukan peminat fanatik ke,penyokong setia ke,tapi I rakyat Malaysia biasa je. I tau kite ade pemain bola sepak and I start tau pun sejak si Safee Sali tu femes. Kalau tak,tak taulah sampai bile-bile. Ngee :-)
 
 Dalam gambar nie takde Safee Sali. Sila ambek perhatian (^_^)
 
Malam final tuu,member-member I ajak join diorang tengok bola. Aduih,I dah la tak suka tengok bola-bola nie apatah lagi I langsung tak penah tengok bola lama-lama. Tengok dua tiga minit je pastu padam. Haish,memang tak bestlah tengok bola. Kalau kat rumah tuu,better I layan Master Chef lagi dari layan bola. Seronok sikit tengok pakar-pakar nie main masak-masak. Tapi sebab kan dah lapar giler then I pun join jelah diorang. Mula-mula ingat nak bungkus je tapi bila tengok polistren dah tak boleh guna terus I capai pinggan. Okay. 1Game tuu memang boleh buat segala jenis anggota badan yang bergantunggan nak jatuh. Lemah lutut weyh. Habis segala jenis doa I bace. Ouhh,sungguh tragis sebab 1time tengok weyhh. Sumpah rase nak luruh je jantung nie. Gementar. Gementar. If I jadi diorang pun,I takut jugak sebab rakyat Malaysia memang sangat berharap. Mase I jelajah facebook,twitter,tagged,myspace and even blogger pun semua berharap dekat pemain Malaysia. Ouhh,beratnya bebanan diorang nie.
Gambar memang tak cantik tapi takpelah atlis I akan ingat diorang nie :-)

Buat pertama kalinya I kenal player-player M'sia nie. Sebelum nie,yang I kenal pun Khairul Fahmi ngan Si Safee Sali je. Tu pun sebab kes putus tunang si Fahmi tuu dengan Pelita Jaya yang Safee Sali join tuu. Haa. Dasyat kan. Bile diorang join gosip-gosip artis kat Oh bulan yang selalu I bukak tuu maka terkenal lah mereka dikalangan I yang memang tak amik tau langsung pasal sukan negara :-) Berdebar weyh. Sebab maruah M'sia kat tangan diorang semua.Tak pernah I tengok bola sampai 2jam but malam tuu I betul-betul tunggu sampai last. Sampai M'sia menang. Yeay ! Yeay ! Yeay ! Rase nak menjerit-jerit je lepas M'sia menang. Bersyukur sangat. Alhamdulillah. terima kasih Ya Allah :-)
4-3 penalti. Ouhh. I sayang semua players M'sia. Best lah you alls semua. Sayang korunk sangat-sangat weyh <3 Full of love :-)

Player Malaysia yang paling muda. Ouhh,little bro :-)

Hebat dia nie and memang baguslah dia join M'sia. I teruja pulak sebab dia tak amik SPM semata-mata untuk M'sia. Besar kut pengorbanan dia nie. Future life kut. Tapi,dia tak buat pilihan yang salah pun. Kaguum :-) 
Khairul Fahmi pulak. Buat 1 time I tengok dia main so I memang teruja sangat nak tengok kehebatan Apek yang selalu orang cakap-cakap nie.Gosipnya,dia nie the best keeper lahh. Top 20 kat International lahh. Segalanya yang yop-top tuu. And malam tu bersaksikan member-member I kat dM Pasir Salak tuu,I tengok sendiri hebat dan cekapnya Si Apek nie tangkap bola. Ouhh. Memang I teruja. Bagusnya dia nie. Sayanglahh you Khairul Fahmi Che Mat :-)

Even bola tuu taklah besar mane tapi gol tu memang besar habis. Selutt lah kat you,Fahmi.

Conclusionnya. I balik dengan dada yang lapang giler. Tenang je.Ditambah pula dengan hujan rintik-rintik memang cool giler malam tu. Tahniah Malaysia. Tahniah :-)


Sayang Harimau Malaya :-)

she's beautiful.blogspot.com

p/s: Baru I tau yang Aifah pun suka peminat setia skuad harimau kita :-)
 

Tuesday, November 22, 2011

22 November 2011


Assalamualaikum :-)
Just hope you alls semua sihat-sihat belaka. Have a nice day,gus :-)
Hari nie birthday my mom. Happy Birthday,mak.
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Dikurniakan kesihatan yang baik. And dikekalkan kebahagian dunia dan akhirat. Semoga cinta dengan Abah berkekalan hingga ke Syurga. Amin :-) 
Salina binti Ngah Daih :-)
Sweet 41
Sorrylah ma,kek atas nie tak mau jadi besar macam selalu.Bantailah name Barbara kut atas tuu. Takpe ma. Abaikan tulisan atas-atas tu kann sebab cake tuu google je. Okay. Sempena birthday ma yang ke 41 nie,ade banyak wish yang nak dibuat tapi takpelah kite wish satu-satu dulu kay. Semoga Maa berbahagia di hari ulangtahun kelahiran yee. Hehe
Tahun lepas,I sempat celebrate birthday Maa. Fuyoo,siap ade kek lagi tauu. Bukan kek je,kfc segala mak bagai ade. Wahh. Sedapnya bile I ingat balik. Naik basikal pun redah jelah sebab nak buat suprise punya pasal. Balik-balik rumah,Maa tengah potong bahan ape tahh. Sebab keadaan tak mengizinkan so,takdelah gambar Maa dengan kek tuu. Yang ade gambar Jiah ngan Alap je. Hehe :-)
Tiramisu kek sangat sedap weyhh :-)

 Sungguh sweet cake nie kann :-)


- Semoga Maa seronok hari nie. Even Angah dengan Jiah takde kat rumah pun. Hehe. Ayong pulak yang ade kann. Tahun lepas,Ayong yang takde. Sekarang kitorunk pulak. Pape pun Alap,Pilah ngan Abah mantain ade tiap-tiap tahun :-)
Bagus. Bagus. Macam nie lahh bagus. 
Pape pun,Maa tetap yang terbaik even dah meningkat usia kan. Hehe.
Paling terbaik dalam bidang masak-memasak nie. Sumpah. Ini tak tipu :-)
Yeay. Sayang semua sangat-sangat :-)

Saya sangat chumel sebab saya anak Mak saya :-)

Aceceh,nak jugak letak pic kat situu. Lantak kan. Biarkan je. Asalkan I bahagia and happy forever sentiasa. Thank you Maa for everythings about a month and plus plus I kat rumah hari tuu. Everythings is delicious. Sumpah. Tak tipuu. Cool je :-)
Merata alam I pergi. Perlis ? Syiokk habis guys. Thanks for the sweet one :-)
Last but not least. Love you Mak <3
Sayang selalu. Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke 41 :-)

she's beautiful.blogspot.com

p/s: Credit to Fadhilah Lokman sebab wish burfday kat my mom :-)

Sunday, November 20, 2011

1day kelas sangatlah tak bersemangat

Assalamualaikum (^_^)
Hai kawan-kawan. Have a nice day :-)
Dah sebulan lebih menetap kat rumah so sekarang kena continue balik life sebagai student. Ouhh,sungguh tak best lahh. Tiba-tiba I rase macam I lagi rela stay kat rumah jadi driver untuk Alap. Hantar and amik dia pegi sekolah. Aduhh. Mood. Mood. Mane kau pegi nieh. Hai laa.Sungguh I bosan lah mase 1week nie apatah lah 1day kelas. Ade je benda yang tak settel lagi. Aduhh. Dengan segala manusia yang macam-macam ragam. Lagilah buat aku rinduu rumah weyhh. Silap-silap,petang nie jugak aku cabut balik rumah. Haa. Roadways depan tuu anytime takpayah nak serabut-serabut kepala. Hehe :-)
 
 Ouhh. Memang banyak lapis lagi baruu aku nampak cuti. Sungguh tak terdaya :-(
 
 
1day kelas memang berapi sebab kena susun jadual sendiri. Ikut pulak dengan jumlah manusia yang ade dalam kelas. Tak boleh lebih limit pulak dahh. Sape cepat register,dia dapat class. Sape lambat,kau duduk luar kelas. Okay. Habis bab-bab register sebab aku dah dapat kelas. Bab kedua,esok lusa konfem ade jadual terbaru pulak keluar. Haish laa. Memang 1week nie,minggu naik angin. Aku dah penat-penat susun segala mak jadual aku dengan jayanya. Segala jenis camera keluar tetiba tuka pulak dahh. Memang nak buat aku sakit kepala lagi.
Last-last,bile dah masuk keluar,keluar masuk bilik kP tu barulah semuanya okay and aku boleh belaja macam biase. Okay semua,lega. Tapi belum lagi. Ini berdasarkan pegalaman-pengalaman sem-sem lepas. Patutnya 1week nie,aku duk kat rumah je. Goyang kaki tapi memandangkan mak ngan abah hantar suruh pi belajar,aku pun belajarlahh.
 
 dP Alap kat facebook buat aku rinduu kat dia :-)

Rindu sangat dekat Alap :-)
Impian,azam dan semangat baruu aku nieyh akan aku teruskan untuk maju dalam study.
Aku harap,aku berjaya and aku harap Allah tolong aku (^_^)

she's beautiful.blogspot.com :-)

Friday, November 18, 2011

Senang bersama,Susah sorrylah nak bersama-sama .

Lepas 19 tahun hidup senang bersama-sama lastly bercerai jugak pada tahun yang ke 20 :-)
Ouhh,manisnye percintaan macam tuu. Mase senang je nak bersama-sama,bile dah jatuh muflis senang je angkat kaki keluar dari rumahh. Kenape sampai macam tuu sekali. Perlu ke kemewahan dah kekayaan dunia yang dikejar. Sadisnya sebab masih ade manusia yang macam tuu. Entry nie story I tentang pengalaman orang-orang sekeliling I yang selama nie dah cukup menderita dan terseksa. Bila wujud lagi manusia yang takde langsung nilai-nilai keperimanusiaan dalam diri die inilah yang terjadi. Sungguh I benci !
The secret to have a good marriage life is to understand that marriage must be total,it must be permanent,it must be equal (^_^)
                         - Anonymous-
Dulu mase time benikah,janji sehidup semati. Sekarang,half jalan jer dah tinggal-tinggal. 
Lupa ke dengan semua janji yang penah buat dulu. Sehidup semati. Segalanya nak diharungi bersama-sama. Lautan api dinikmati bersama.*ade ke ? Maybe nie dugaan dari Allah. Nak menguji sekuat mane janji yang pernah termeterai dulu.  Sekukuh mana ingatan manusia and sekuat mane janji itu akan tetap menjadi pegangan. Lemahnya kite bile janji yang dibuat dimungkiri macam tuu je. Allah mengajar hambanya menjadi hamba yang berpegang pada janji. Tapi kenapa semua jadi macam nie.
Remember kat mane sekalipun tempat kite,kite tetap berpijak di bumi Allah.

Marriage lets you annoy someone special for the rest of your life :-)

What's the reason ? Why must forget ? Why don't you remember ?

Time senang dulu,holiday sana-sini,shopping merata alam,makan mewah-mewah,handphone tak cukup tangan,siap tuka-tuka lagi. Tuu semua,keinginan siape? Untuk siape semua yang dikorbankan? Untuk anak dan isteri tercinta. Hanya untuk memenuhi kehendak dan kemahuan anak isteri. Tak mahu dikatakan seorang lelaki yang tak bertannggungjawab. Then,semuanya dilakukan demi membahagiakan family yang tercinta.Tapi,kenape mesti lupa ?

Actually,I tak tau dah nak cakap ape. Sedih dengan kisah hidup seorang ayah membe I yang ditinggalkan isterinya sebab condition ayah dia yang dah tak berapa stabil. Dulu,semua yang Ibu and adik-adik membe I nie nak,semua ayah dia akan tunaikan. Tak kesahlah dalam keadaan tersedak macam mane pun. Means macam ayah die nie terlalu memanjakan sangat diorang nie. Now,hutang keliling ceti semua keja-keja. Anak bini pulak lari mintak cerai. Ouhh,kejamnya dunia. Sanggup Ibu dia buat macam tuu kat ayah dia. Time senanbg dulu tak nak lari pulak ? Haish laa. Kadang-kadang I jijik dengan perempuan macam nie,takde perasaan langsung buat suami sendiri macam tuu.  
 

Thursday, November 17, 2011

Scary upload gambar kat facebook lahh,rase tak selamat :-(

Bila dah jadi macam nie baru nak beringat haish laa.
Assalamualaikum,guys :-)
Facebook memang banyak virus. That's a fact.Tapi selalu upgrade bagai.Nak up lahh sangat kann. Haa,amik kau baru-baru nie ade pic-pic kontroversi yang buatkan facebook jadi hot issue. Just imagine adik I yang umur sepoloh tahun pun dah ade facebook and ape jadi kalau dia dapat tengok gambar-gambar macam tuu. Haish laa. Mujurlah adik I dah lame tak online sebab Abah pakse pegi Surau. Agak-agak selamat tak upload pic kat sini. Hehehe.
 Insyaallah,selamat. I nak upload pic I dengan Mieza,my bestfriends forever :-)
Snap banyak-banyak sebab I tak reti drive. Sedih :-(
 I baru belajaa senyum and smile :-)
 I memang benci pakai sitbelt tapi muka kena senyumm
 Seronoknye saljii. Call TV3 sekarang jugak :-)
 Tudung suke buat perangai,tak suke !
Habis dahh :-)
She's beautiful.com (^_^)

Monday, November 7, 2011

Ade orang datang merisik semalam,muka sangat bahagia :-)

Assalamualaikum :-)
Hai guys,hope you alls sentiasa sihat dan ceria sepanjang hari nie. Tengok title entry nie rase macam nak senyum sampai telinga sekarang jugak melambangkan betapa bahagianya I. Semalam,ade serombongan manusia datang rumah I. Serius,kitorang yang kat rumah nie memang terkejut lahh sebab menerima tetamu pada waktu malam hari kan,dahlah tak kenal pulak tu. Ingatkan salah rumah tapi tak pun. Memang betul lah alamat rumah I yang diorang nie nak cari. Apalagi,kelam-kabutlah lari masuk bilik masing-masing. Tengah syok-syok tengok tv kacau daun betul lahh. I mula lah nak bising,entah sape-sape lah manusia yang datang rumah orang malam-malam nie. Haish la.
  Ade rahsia disebalik spec nie ^_^
I pun dah malas habis nak tau pasal orang-orang yang datang rumah I malam tuu. Dahlah tak keluar bilik pun,means I tak salam langsung makcik-makcik yang ade kat ruang tamu. Huhu. Sungguh tak sopan langsung I malam tu. Nie marah punya pasal lah. Haish. Tiba-tiba,tengah syok I online facebook Ibu pulak ketuk pintu suruh keluar jumpa orang-orang kat depan. Haa,mula lah I nak buat muka time tu jugak. Alah,Ibu nie pun. Buat-buatlah macam I nie takde ke,ape ke,tak bagi chance langsung laa.
I terus pegi depan salam makcik tuu. Mase I salam die tuu,die senyum je. I pulak yang terasa sebab I dahlah buat muka dekat die,pakai baju katun-katun pulak tu. Arghh,tudung ntah kemana sebab terus je serbu keluar mase Ibu pakse salam tadi. Dengan seluar belang-belang harimau memang cantik giler I malam tadi. Mase I nak blah tibe-tibe makcik tuu pulak pegang tangan I. Dia suruh I stay sebelah die. I pun tak faham kenapa die nak sengih-sengih bagai. 
 Ade bende-bende macam nie kat ruang tamu rumah I. Shocked :-0
Suprised mase tuu. Rase nak luruh segala jantung hati limpa yang bergantungan. Buat muka cuak pun tak guna jugak sebab baju dah memang katun,seluar belang rimau.Maluu giler tak terucap dengan kata-kata. Tapi dalaman hati nie,dah habis dah semua sumpah kena seranah nie. Makcik tu cool giler. Lembut pegang tangan I pastu duk cakap-cakap ngan laki sebelah die. Handsome kut.I nie senyum-senyum jelah kan duk terpike jugak,laki die ke? Mustahil sebab macam muda sangat. Anak die. Haa,boleh diterima. Duk cakap sorang-sorang dalam hati nie tetibe laki tuu senyum kat I. Aduyai,cair weyh. Tapi,still pelik lagi. Apebenda lah diorang semua nie. Memang saat nie,I lampi sebab ngantuk dah time tuu.

Belangkan seluar nie,agak-agak sendiri :-)
Rupa-rupanya si handsome tuu yang datang nak meminang I. Setelah berkomunikasi dengan baik dan lancar dengan secawan kopi yang Ibu buat baru I faham. Terkejut,shocked,surprise,semua ade lahh tapi I tak faham kenapa semua yang lain balik except makcik yang duk pegang tangan I nie dengan Si Handsome tuu. Si handsome tuu nak ajak I keluar borak-borak kat luar rupenya.I pun angguk je sebab dah rimas duk sebelah makcik nie. Okay,makcik nie pakai spec. Baik sangat. I pun keluar duduk dekat taman mini Ibu. Masing-masing cuba nak bersuara tapi macam takut. Last-last dia start cakap dengan I. Nice sangat. Die cakap pasal future wedding kitorang and macam-macam plan die. I dah menggila sebelah die nie sebab dari tadi dia tak jawab pun soalan I. I tanya macam mane dia buleh terlintas nak meminang orang yang dia sendiri tak pernah kenal. 
Dia senyum je. Takde jawapan ^_^
 Handsome sungguh,tak tipuu !

I seronok tengok die tapi I nampak samar-samar je. Makin lama,makin hilang. Kepala pulak makin lama,makin sakit. Ehh,kenape nie? Ade bunyi kuat kat telinga macam terdengar-dengar. Serius,I dah tau yang I just mimpi je tapi I still tak bukak mata sikit pun sebab I nak jumpa die lagi. I cari-cari die bajet nak masuk balik dalam mimpi tuu balik tapi diri sendiri tak buleh tipu kan sebab dah terjaga mustahil buleh sambung mimpi yang same. Adui,sumpah I ingat semua tuu reality sebab I nampak that guy and makcik tuu. I ingat spec and hantaran yang ade kat runag tamu I malam tadi. Uhh,indahnya mimpi macam tuu. If jadi kenyataan pun I sanggup (^_^)


 I just ingat satu je ayat Si handsome tuu. 
" Saya nak bercinta dengan Isteri saya."
Uhh seriusly mimpi ape yang I dapat nie? Buat I fike panjang hari nie.Bile ingat balik,semua perasaan datang. Rase happy sangat. Rase nak tunggu die pun ade jugak. Maybe ini petunjuk. Mane tau memang betul si handsome nie jodoh I. Hehe ^_^
 Sorry guys :-(
Mimpi je,I belum dirisik oleh sesiapa kayy. Khayalan di alam lain semata-mata. Nielah pengaruh kuat sangat tengok cite korea malam-malam. Kann dah dapat mimpi yang best punya. Ape-ape pun,I'm just hope Si Handsome tuu wujud and Insyaallah dia jodoh I. Amin :-) * gatai nak menikah* 
thank you google sebab bagi guna gambar :-)
 she's beautiful.blogspot.com