Wednesday, June 24, 2015

Wedding Ceremony

Assalammualaikum korang. Salam Jumaat dan Selamat berpuasa. Harini kita nak update entry baru lagi. Yayy. Mood tengah rajin nak menaip tambah pulak Jumaat tak banyak kerja so kita nak leisure leisure la sikit kan. Hehe.
Hari Khamis kita dah gerak balik dari KL pukul 10 something and dalam pukul 2pagi jugak sampai Perak. Dah terasa dah kemeriahan tu bila  nampak khemah,bunga bunga,ahhh so excited nak kahwin. Ahahaha. Okay bukan kita yang nak kahwin but my sister. Paling best sekali tengok kucing dah semua berkumpul dalam cage baru. Hehehe. Masuk je rumah ingatkan nak terus tidur tapi rupanya diorang semua tak tidur and alkisahnya sampai pukul 6pagi kitorang borak borak sambil tengok movie,at last lepas subuh baru tidur. Dahlah tidur pagi buta pukul 9pagi dah habis semua dengan mamai mamai kena paksa bangun pegi tempah kek la,ambik adik adik balik sekolah la,ambik semua mata panda !
So hari Jumaat tu dah settle satu bab,memang penat gila kot tapi redah jelah banyak lagi benda yang tak siap. Okay,petang sibuk pulak pasang ni,kemas sini sana,busy gila sebab esok dah start majlis,fuhh memang terasa kelamnya tapi abah dengan mak leklek je sebab ramai yang datang tolong :)



Kita takpandai nak gubah gubah ni biasalah tangan takde seni so kita tolong sponsor je. 
Cadboury ni kita grab dekat Pearl Habour,Klang masa tu ade discount sampai 70% so satu ni rm1 apakah lagi beli banyak banyklaaa buat letak jadi hantaran. Hehe

Ayong nikah dekat masjid and sebab majlisnya belah petang so pagi tu kitorang macam leklek jugaklah tapi takde lah rileks sangat. Kelam kabut jugaklah siapkan mini pelamin. And diy pelamin ni sepatutnya takmacam ni tapi takpelah dah yang ni je yang kitorang mampu dan terdaya buat time tu sebab dah memang taklarat sangat time tu. Nak layan tetamu lagi nak siap siapkan lagi,memang taklarat nak pengsan kot. so kitorang buat ala kadar selagi termampu je.


Hantaran pihak lelaki dan perempuan :)

Petang tu kelam kabut jugaklah kitorang siap nak pergi masjid tapi alhamdulillah ramai yang datang tolong. Sementar semua join nak pegi masjid,ada kawan kawan mak dengan abah yang offer nak tenggokkan catering,tengokkan rumah. Terharu sangat ! Serious. So kitorang sampai dekat masjid tu sebelum asar,masuk tunggu salam peluk cium dengan family belah pihak lelaki and taklama lepas tu tok kadi pun sampai. Okay,debaran pengantin lelaki tu memang nampak,memang nampak sangat serious. Dari jauh dah nampak and kitorang kat belakang ni boleh gelak gelak je. Haha. Alhamdulillah,dengan sekali lafaz,sah ayong jadi milik Mohd Azuan a.k.a my abang ipar. Huhuhu



Serious kot bagai pinang dibelah dua. Cantik plus handsome :)






 Ni masa serah mas kahwin. Habis je penyerahan ni,wan beria datang dekat kita siap suruh simpankan dalam almari yang berkunci. Kita pun jadi macam blur sekejap,apebenda yang dia ni gelabah sangat,ala rm80 je kot. Hadui. Tapi kita buat jugaklah simpan dalam almari siap kunci lagi. And malam tu baru kita tau yang ayong punya mas kahwin bukan rm80 tapi seribu. Hahaha,patut la gelabah semacam je. Hehehe 



Okay. Gambar dengan mas kahwin satu.  ^___^



 Sementara keluarga belah lelaki nak bergambar dengan pengantin so kitorang layan lah tetamu yang datang dekat luar. Makin lama makin ramai,dapat pulak pulut kuning dengan kari,serious kot aku pun terus lapar tapi sebab ramainya orang so batalkan je lah hasrat nak membantai pulut kuning. Lepak lepak makan bihun letak kuah kari je. Ya Allah sedapnya bihun. Weyhh,tengah update entry dibulan puasa ni memang menggugat iman betul bila cerita pasal makanan ni. Okay dah sambung.




Selesai je makan,duku photographer tu ajak bergambar dengan pengantin. Kira macam ni our turns la pulak bergambar sefamily. Yayy. Kitorang memang decide nak pakai baju sedondon masa majlis Ayong so apa je baju yang pernah sedondon sebelum ni,kitorang kitar semula. Masa pakai jubah purple ni ramai yang duk puji,amboi comelnya depa sedondon. Cantiknya baju semua sama. Gila merah kot muka masa tu. Jadi macam aishh syoklah pulak pakai baju sama ni. Haha
Time ni encik duku tu suruh buat free style and antara style yang dipersetujui ramai yang nilah kan and taksangka Abah sporting gila time tu. Haha. First time kot tengok Abah sporting habis macam ni. Baguslah jugak,senang duku ni nak ambik gambar. Hehe :)

 We are siblings :)

Sorang dah lepas,so next ? Hehe. So wajiblah kita ambik jugak satu gambar kenangan adik beradik. Gambar ni muiz yang tangkap so mintak maaflah sebab tu kabur sikit walaupun dengan confidentnya dia cakap okay okay padahal tak okay. Tapi tak kisahlah,asalkan ade. Thanks Muiz.


 
 Mak dengan Ayong :)


 
 Kita pun sibuk jugak nak bergambar dengan pengantin. Yayy ! Haha



InshaAllah tahun ni sesorang duduk atas pelamin,tahun depan mana tahu dah tak kosong kat sebelah tu. Hihihi ^_^

As a present untuk Ayong memang kita dah plan nak carikan yang the best la sebab kita tau ayong mesti banyak dapat cawan perkakas rumah semua tu so kita nak bagi hadiah yang lain sikit and terjumpalah idea nak belikan yang ini. Hehe
Yang paling best promoter VS yang dekat Nu Sentral tu sebab macam tu je dia dapt customer and kita pulak terus okay je nak beli yang dia suggestkan so senang kan. Lagipun muka dia manis and dia sangat mesra so bagus sangatlah tu,rezeki dia. :)


Ohh okay,lepas je majlis ayong selesai petang tu,kitorang penat nak fikir nak pegi memana pulak ni cari tudung untuk esok sebab tudung takdapat lagi. Haha. Bestnya petang tu jugak keluar pegi Tesco dengan pengantin baru. Paksa jugaklah abang ipar tu pegi Tesco temankan cari tudung. Huhu. Okay,rehat dulu sambung next entry okay semua. Thanks sudi baca. 

Love,Cena <3



IFTAR WITH MY BEAUTIFUL EX-HOUSEMATE


Asslammualaikum
Hi there,how are you guys? Firstly thanks sebab sudi singgah and baca blog kite.
Selamat Berpuasa korang. First weekend of Ramadhan baru baru ni,Iffa terus ajak kite keluar jalan jalan cuci mata dekat Masjid Jamek since hari tu Iffa off day so,kite dengan gigihnya keluar dengan berbahagia walaupun time tu puasa. Sebab dah decide nak pegi Masjid Jamek tu petang,pagi pagi lagi kite dah keluar dengan Jiah(my sister) pergi Nu Sentral. Jiah stress sangat dengan tempat kerja baru dia so kite bawak dia lepak lepak tengok movie Minions. Seriously cute gila cerita tu. Gilalah ! Siap ada dialog Terima Kasih lagi dalam Minions tu. Best. And lepas habis movie terus solat and siap siap jumpa Iffa. Selalunya kalau nak jumpa Iffa,kitorang suka gerak area KL and sebab tu Iffa fetch dekat KL Sentral je. Iffa sampai je terus gerak pegi Masjid Jamek. 
Sampai Masjid Jamek,ambik berderet dah kedai jual baju raya. Ya Allah,rambangnya mata ni Allah je yang tahu tapi ada jugak nasib baiknya kat sini sebab time tu tengah bulan so poket kosong lagi kan so takdelah rasa terkilan sangat kalau takdapat beli. 

Jalan sana jalan sini lebih kurang sejam lebih pusing area area Masjid Jamek /Jalan Tar dari baju kurung moden sampailah ke sari habis semuanya menawan dan menarik hati. Memang jatuh hati sangat sangat tapi tak semuanya okay adn memuaskan hati. Kekadang tu baju dia taklah cantik mana,tapi harg beratus ratus. Ini memang gila and rasa tak berbaloi langsung
Conclusionnya kite ken apilih bebetul teliti jenis kain and material baju tu sendiri. And paling penting compare lah dulu harga baju yang kita jumpa tu dengan harga dekat kedai lain sebab kekadang diorang ni jual harga yang mahal dari kedai kedai lain padahal jenis baju tu sama je. Mungkin nak cepat pergi Umrah/Haji bak kata Abah. Hehe. 

After sejam lebih macam tu kitorang plan nak cari tempat berbuka puasa. Sebabkan nak drop membe Jiah dekat KL Sentral so kitorang plan nak makan area Bangsar je. And area Bangsar kan memang banyak restoran and cafe cafe retis so kitorang plan nak lepak dekat ROA by Jovian. Pusing pusing cari after 20 minutes macam tu baru jumpa. Dari luar kedai tu memang nampak takde ramai pelanggan,bila masuk dalam,kosong kot kitorang conclude kan maybe time tu bulan puasa so orang ramai serbu time berbuka. Masuk sekejap usha menu terus terdiam kejap lepas tu terus decide nak keluar je cari tempat lain. But memandangkan kitorang dah duduk pun so kitorang cakaplah nak keluar jap,nanti datang balik. Padahal takkan datang pun bali. Hahaha
So far makanan dia taklah mahal sangat tapi air dia yang takboleh nak diterima akal sangat sebab air biasa biasa je tapi harga sampai rm9. MAybe bagi korang murah tapi bagi kita takberbaloi langsung. Ice lemon Tea sampai rm9? Buatnya air tu cawan dia size macam dekat warung biasa yang harga dia rm1.50 je tak ke dah berlaku pembaziran dekat situ ?
So guys,bulan puasa ni kita janganlah membazirkan so baik kite pergi cari kedai lain. Huhu

And finally kitorang terus masuk Bangsar Village and decide nak berbuka dekat sini :)
|| Nandos ||



Iffa and Cena


Tak familiar sangat dengan Bangsar Village lagilah pulak dengan wings wings dia so kitorang decide makan dekat tempat yang paling senang je. Sebabkan dah familiar dengan Menu dekat Nandos plus air kita boleh refill so baik sangatlah berbuka dekat sini je. Seriously masa haritu lapar tu takde tapi dahaga tu macam dah berlari 400meter berganti ganti orang yang sama. Haritu kitorang ambik set for whole chicken and sebab dah selalu sangat Mild haritu tukar angin sikit nak perisa Hot. Tapi memang winlah Nandos. Servis tip top sangat dekat Bangsar Village takmacam dekat Nu Sentral. 
Kitorang ambik set whole chicken+2 reg side+2bottomless drink dan kisahnya memang refill ice lemon tea sampai pengsan wehh.
Regular Side kitorang prefer lagi wadges macam ni sebab yang ni memang sedap. Kentangnya lembut sangat tambah pulak pedas pedas tu. Seriously Marvellous !
Iffa macam biasa makan mesti nak kena ada nasi so kite pilih spicy rice. Ya Allah,dahlah kite manaip ni time bulan puasa. Aaaa bergegar rasanya anak tekak bila teringat balik kelazatang Nandos. Perghhh. Puasa puasa,takbaik :(




Bottomless okay so kite refill malam tu dekat 6kali dan habis dengan licinnya. Iffa baru second round tu pun tak habis. Haha

Walaupun Iffa kurus compared tu akak sebelahnya tu tapi dia tetap kuat makan okay. Untung sangatlah makan banyak tapi badan maintain je macam tu. Taknaik naik pun. Takmacam iolls ni,huwaaa. Sobss :(



Spicy Rice faveret Iffa dengan Wadges empuk lagi menyelerakan faveret kita :)

Okay korang,nanti kita sambung entry lan pulak. Bye semua

 

Love,Cena <3
 

Thursday, June 18, 2015

Sayyidul aiyam & Sayyidus shuhur

Assalammualaikum. Salam Jumaat kesayangan semua. 
Rasa bertuah sangat bila dapat berjumpa hari Jummat dalam bulan Ramadhan ni. Perasaan dia tu lain macam sebenarnya selain rasa happy sebab dapat balik awal dan esok cuti. Hehe
Tenangnya pagi Jumaat ni bila dari jauh dapat dengar ada yang baca quran dekat surau. Rasa jealous pun ade sebab nampak kan macam semua tengah berlumba lumba nak kejar pahala so why not me myself buat jugak benda yang sama macam dia,kan?  Inshaallah,waktu rehat nanti kiata sama sama buat ^___^







 #Chenta

Pagi tadi awal awal dah cari buku #chenta dalam locker sebab haritu baru sempat habis baca satu bab je so harini kita nak sambung lagi bercinta dengan novel dari Inche Gabbana ni. Mudah mudahan senang nak cambah cinta dengan yang maha Pencipta. 
Ainul Mardiah- Cerita pendek first yang kita baca. Tau tak masa ni menangisnya laju terus. Air mata tak henti keluar,baca lagi keluar lagi sampai ending pun still nangis lagi. Tutup buku,then rasa indahnya cerita cinta yang Inche Gabbana ni cuba sampaikan. Nampak tak memang betul betul menghayati sampai bengkak mata.



"Friday is sayyidul aiyam (the leader of all days) and Ramadan is sayyidus shuhur (the leader of all months). And today, we get both." - Aisyah


"Hari ni hari Jumaat. Dalam bulan Ramadhan. Rugilah orang yang malas berdoa pada hari ini kerana tiada sebab untuk Allah menolaknya!" - Inche Gabbana


Kita tak kenal siapa Inche Gabbana ni. Langsung dan langsung takberminat nak selongkar and cari siapa sebenarnya Inche Gabbana dalam realiti kehidupan ni tapi serious ayat cerita dari Inche Gabbana ni serious menghidupkan jiwa jiwa yang sebelumnya kosong,mula membuatkan kita rasa dahaga dengan ilmu dan penyampaian cerita yang menarik buat kita menangis. Al-Khafi,di hari Jumaat kerana dia takpernah lupa untuk mengingatkan.
Mungkin ini cara Allah tunjuk sayang dia dengan kita. Allah hadiahkan kita insan insan yang selalu mengingatkan kita ke jalan kebenaran. 


Sebelum ni bukan takde yang mengingatkan tapi mungkin kita sendiri yang tak ambik peduli buat sambil lewa je. Alhamdulillah,Allah tu tunjukkan jalan terbukak hati ni nak mencari nak mendalami. Alhamdulillah.


Semoga Jumaat ini tidak berlalu hanya dengan kekesalan tapi berlalulah dengan penuh ketenangan. Semoga kita terus menghargai Jumaat yang ada dengan memperbanyakkan amalan dan mengenali Allah. Semoga doa doa kita Allah makbulkan. Permudahkanlah hari hari kami untuk menuju jalan keredhaanMu. Aminn. 



p/s: terkejut sebenarnya dapat mesej semalam dari sesuatu yang dah lama tak kunjung tiba


Salam Jumaat & Selamat Berpuasa 

Love,Cena :)

Wednesday, June 17, 2015

RAMADHAN


Alhamdulillah. Akhirnya doa kita semua untuk dipertemukan semula dengan ramadhan termakbul jua. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur akhirnya kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan,bulan yang mulia. Bulan yang penuh keberkatan,amalan kita Allah lipat gandakan dengan ganjaran. Bulan untuk kita kumpul pahala and yes berlumba lumba dalam mengerjakan ibadah dan istiqamah dalam melakukan sesuatu perubahan. 


01 Ramadhan 1436
Assalammualaikum silent reader a.k.a pembaca blog yang setia. So hari seluruh umat Islam dekat dunia berpuasa dan meraikan kedatangan bulan Ramadhan. Hiba sebenarnya bila datangnya bulan ramadhan ni. Macam macam benda yang berlegar dekat kepala tapi itu semuanya kenangan. Kalau nak ingat balik memang rasa pahit tu macam mana tapi start harini kita nak try ambik yang baik dari segala apa yang pernah jadi dulu. 





01 Ramadhan 1434
2 tahun yang lepas. Macam tak percaya dengan apa yang jadi macam cepat sangat,macam ada satu benda yang Allah tu nak tunjukkan dan disampaikan dengan cara melalui seseorang. Seseorang yang bagi kita luar biasa dirinya berbanding dengan orang lain. Takboleh nak hadap balik satu satu cerita ni sebab mesti rasa sebak,rasa nak nangis sangat. Kekadang suka tertanya tanya,kenapa ending yang macam ni? Kenapa bagi harapan? Datang dengan cara yang baik then kenapa pergi macam tu je. Macam macam soalan tapi sampai sekarang takdapat jawapan. Kalau dua tahun lepas,ramadhan itu sangat sangat bermakna buat diri yang terlalu kerdil ni tapi disebabkan salahnya ada istiqamahnya entah kemana,niatnya tu menyimpang so jadilah balik ramadhan tahun lepas yang macam sebelum sebelumnya. Tiada perubahan tapi sama macam tahun tahun yang sebelumnya. Bila tergerak je sikit nak jadi baik,jadi macam sebelumnya mesti ada yang halang. Lepastu hilang dan macam biasa balik kejadiannya. 



Kita nak ubah macam mana yang jadi tahun lepas akibat sakitnya hati dengan dua tahun yang lepas,kita nak ubah. Kita nak ambik yang baik baik dan lupakan yang buruk buruk. Allah bagi kita peluang tahun ni untuk perbetulkan apa yang kita pernah buat dengan diri kita. Allah bagi kita peluang perbaiki diri. Inshaallah,setiap apa yang jadi ada hikmahnya.
So harini kita nak cerita macam mana indahnya ramadhan dua tahun yang lepas supaya tahun ni kita dapat terapkan sekali lagi dalam diri ni dan Istiqamah terus untuk masa akan datang. Aminn.
 
 


Alhamdulillah semuanya bermula dengan kesedaran dalam diri. Kesedaran yang Allah nak tunjukkan tapi dihantar melalui seseorang. Macam mana kita dapat ketenangan dalam solat,"fahamkan makna dalam solat,baru kita khusyuk" "Duduk sekejap lepas solat bayangkan kita tengah berada betul betul depan Allah,kita mohon mengadu padaNya" "Letak tangan dekat dada,baca surah Al-Fatihah sambil bayangkan orang yang kita rindu" 
Dengan ayat ayat yang kita jarang dapat taklain selain mendekatkan kita dengan pencipta kita. Masa tu timbul sikit rasa minat nak mendalami. Alhamdulillah,pelajaran yang sangat bermakna sepanjang bulan ramadhan hinggakan kita betul betul menangis lepas solat asar akhir Ramadhan tahun tu. Rasa sayu yang betul betul kita dapat rasa. Sedihnya nak tinggalkan ramadhan. Sedihnya nak tinggalkan ganjaran yang berlipat ganda. Sedih sangat nak tinggalkan terawih sedihnya nak tinggalkan ramadhan. Hiba yang datang dari diri sendiri. Kalau selama ni dengar dengar je orang sedih nak tinggalkan ramadhan tapi kali ni kita sendiri rasa macam mana sedihnya tu. 


 My Ramadhan Daily Checklist ^_____^




InshaAllah satu hari nanti kita semua akan dapat rasa macam mana makcik Hidayah menerpa kita. Langgar bahu ke,kita akan rasa. Dan semoga tahun makcik hidayah datang menerpa kita dibulan Ramadhan yang mulia ni. Seriously selain berusaha,kita rindu nak rasa perasaan yang macam tu lagi. Moga Allah makbulkan doa doa kita semua.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa selama 30 hari. Semoga segala amalan kita diterima 
Allah S.W.T. InshaAllah,Aminn




Aminn. 

Love,Cena 


sumber gambar:google 

DIY YOUR BEDROOM

Assalammualaikum. Hai korang yang sudi singgah baca blog kita. Thank you gais,terharu sangat walaupun korang jadi silent reader je. It's okay then because I'm so happy tau :)
Lately ni kita rasa macam terlalu teruja sangat nak decorate bilik tidur kita walaupun bilik tu hanya lah bilik sewa. Kisah pulak kan? Asalkan dapat decorate bilik tu dengan design yang kita suka,tidur pun jadi makin makin lena lah lepas ni. Tak decorate lagi pun tidur still lena cuma mungkin lepas ni lagi bertambah lena dan empuk gitu. Haha
So,bila dah rasa gila nak decorate of course kita akan google. Dan hasilnyaa ? 
Taraaaaaaaaa \ ^____^ /

Seriously kita memang idamkan sangat style katil tepi tingkap berkaca jernih macam ni. Cantik kot punya pemandangan. (walaupun kita sebenarnya gayat. Haha)
 

Indah betul kalau dapat lekat lekat tampal dekat dinding ni. Dulu masa kecik takut nak tampal tampal sebab mak selalu marah conteng dinding. Tapi dah besar ni taksalah sekali sekala berseni sikit dengan dinding uolls.  Comel kot. Letak pulak kata kata yang boleh motivate yourself. Memang best !

For sure kita nak letak jugak gambar gambar macam ni. Serious baby. Kalau ada polaroid camera memang lagi awesome lah. Semua kenangan dapat tengok straight je before tidur. Kira sebelum tidur tu dapat jugaklah imbau kenangan lalu.


Decoration macam ni untuk yang suka letak lampu lip lap ni. Kita macam nak letak jugak sebab nampak cantik kan. Kira macam deco untuk your bedroom tu lagi awesome la bila tambah lampu ni. Takde lah asyik dengan lampu putih yang panjang tu je. 




 Seriously kot nak bilik awesome macam ni satu. Arghhhhhhh. malap malap je bila masuk bilik kan terus mata pun layu terus pejam ^_____^



DIY macam ni pun not bad actually cuma bagi kita terlalu crowded la kot dengan lampu macam tu. Risau pulak kalau tetiba tidur bau hangit je. Haha. Apa apa pun kena hati hati jugaklah dalam men deco your bedroom tu. Tapi just nice kan design yang macam ni dengan bulu gebu lagi ya Allah nikmatnya tidur macam ni.


Simple but still rasa amazing sangatkan kalau bilik tidur kita macam ni. Bestnya
 
 
Sweet sangat kan ada macam layar layar langsir gantung gantung macam ni :)


Tolonglah.Memang idaman kalbu betul deco yang macam ni. serious simple and yang paling best banyak bantal. Syok kot tidur dengan banyak bantal ni. Rasa selamat je  ^____^




















































Lastly 

 
Dan sebenarnya tidur kita akan lebih indah bila ada yang menemani disisi. Kan? Haha








  Harap sangat impian nak DIY Bedroom tahun ni berjalan lancar. Idea dah nampak dah nak design macam mana cuma mungkin kewangan je yang takberapa nak lancar lagi. But don't worry InshaAllah dipermudahkan segalanya.  

Bye korang. 
Love,Cena 

Wednesday, May 6, 2015

Cuti Hari Buruh

Assalammualaikum. Baru ada masa nak update blog so update la jugak sikit sikit kan supaya blog taklah berhabuk sangat. Lately ni busy sangat jarang dapat balik rumah mak abah dekat Perak. Tau mak abah rindu so kite gagahkan jugak balik sebab seriously kite pun rindu gila sampai termimpi mimpi. Actually kite patut balik malam Jumaat tu tapi sebab hal hal tertentu( next entry okay) so kite pun balik pagi Jumaat tu. Bertolak dari UM lebih kurang dalam sebelas setengah camtu and yayyy jem tak hinggay dunia please. Stuck bebetul lepas tol duta, tol duta kot lepastu nak berangan sampai rumah tengah hari? Memang taklaaaa. 

 


Gagah sangat akak akak terus nak hadap jem macam ni. Sesambil hadap jem ni kepala mulala fikir jalan lain pulak. Okay set nak exit Shah Alam sebab nak elak jem tapi malangnya sayang semua pelusuk penjuru highway semuanya jam Dari jalan duta nak ke Rawang sampai cecah 3jam and ini memang. Haha taksangka betul macam ni sekali jadinya. Haus,air pulak tertinggal dengan nak hadap jammed lagi dengan rasa nak pegi toilet lagi semua perasaan ade so plan stop dekat rnr rawang walaupun orangnya yang stop kat situ dan melimpah ruah takterkata. Sampai parking tepi jalan kot. Aigooo ! Lepak kejap dalam starbuck ni ambik udara sikit lepastu redah balik jammed. Pukul2 tu dah kurang sikit so jalan lancar la sekejap sampai la ke Tanjung Malim. Alhamdulillah. 


 

Tapi taksangka pulak lepas dari exit Tanjung Malim boleh jammed lama gila pulak dekat situ. Bertabahlah kite dengan Ijah yang dalam kereta ni. Kematu betul rasa dalam kereta lama lama gais. Haha Sampai rumah betul betul jam 7petang dan disambut gembira oleh mak abah dan kucing kucing. Alhamdulillah perjalanan yang super duper mencabar di hari buruh. Haha moga tahun depan boleh kite ambik iktibar. Aminn. Thank you bestfriend ever sebab hantar kite sampai depan rumah. Nanti boleh balik sesama lagi. Hehehe. Love, Cena 



Love,Cena

Friday, April 17, 2015

Santai Jumaat

Assalammualaikum sister. Hai korang,aku baru balik dari office. Teman membe membe siapkan weekly report. Memang time nak weekend tu memang lagi lamalah dekat office. Kalau mak abah tau anak dia ni begitu gigih bekerja mesti diorang bangga. Wuwuwuw ;'(   Actually aku takde idea nak tulis apa tapi boleh tak aku nak tulis jugak supaya malam ni aku boleh tidur lambat and esok pagi aku boleh bangun lambat jugak. Tapi sebenarnya mata aku dah sipi sipi je aku bukak ni. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Aku mengantuk woi tapi kalau aku tidur awal nanti aku mesti bangun awal plus dengan budak budak mandi swimming pool esok dengan meriahnya mesti terbangun nanti Kesimpulannya i need mineral water and i want to sleep late than before,please   

Tuesday, April 14, 2015

Batting Cage- 11 April 2015


Debar pulak rasa nak update entry baru ni. Fuhhh fuhh *buang nervous jauh jauh. Okay,bismillah. Last weekend I taktau nak buatpe kat rumah actually so plan sebenarnya nak bersantai je di kediaman tup tup tetiba bestfriend kite yang sorang tu tetiba whatsapp ajak kita jenjalan spend time together macam tu la. 
Macam biasa kitorang memang suka gila snap gambar depan cermin dalam toilet . Sorry bye. At first plan nak jalan habiskan baucer buku so bertapak dulu dekat Popular then dah melilau lilau cari belek belek buku lepastu kite lapar terus search tempat makan mana  yang paling  awesome and banyak gila tempat makan dekat One Utama ni rupanya Johnny''s pun ade tolonglah nak menangis sebab nak sangat makan steamboat last week tapi takdapat tapi takpergi pun Johnny'a sebab kitorang pilih old town white coffe. Lepak order makan sesambil borak pasal keadaan rumah sewa office makan pakai serta gst and tetiba time tengah syok makan terjumpa pikaaaaaaaaaaaaaa. Gila taksangka boleh terjumpa kat sini serious taksangka wehhh boleh terjumpa  kat sini. Gila suprise betul time tu,sembang sembang rupanya pikaa dah lama kerja kat situ. Punyala ingat dia kerja area Kuang 😅😋. Lama gila borak borak sebab dah lama takjumpa kan so kasi chance la babe 
Lunch haritu Pika belanje kita dengan Ijah. Thank you so much Pika seriously moga rezeki bertambah murah. Paling best Pika dah nak kahwin lepas raya ni. Kita doakan semoga segala urusan dipermudahkan Pika 😘  
Tujuan utama menapak dekat One Utama ni sebab Ija ajak pergi sini. At firat adalah jugak rasa macam takconfident langsung nak main plus rasa nak bagi Ijah main sengsorang je tapi lepas dah dipujik okaylaaa kita joinla sekali. kita pilih Softball lagi satu tu amende ball tah tak ingat sebab that guy cakap slow gila macam taknak bukak mulut. Hahaha. So kitorang beli 3 token. I token 15bola berasamaan lima ringgit Malaysia. Harga untuk student rm4 and kena tunjukla student card ye. Dah beli token lepastu eksaited lepas tu taktau nak masuk cemana haha bye 😝😝. Godek punya godek finally dapat jugakla masukkan token. 
Gila eksited dapat main paling eksited bila dapat pukul bola tu. Gila eksited wehh sampai bola terjatuh atas kepala. Main hayun je tak kira tempat lepas tu bola merata rata la terbang. Haha. But seriously best gila main softball ni. Terasa rasa tough gila lepas dapat pukul bola 💪 Time tu barula nak tersedar yang diri sendiri takbanyak bersenam woi. Sobs But seriously fun gila game ni. Teringat masa kecik kecil main dekat padang lepas sekolah agama. Hehehe 😅. Weekend well spent. Yayyy. Thankyou for your time bff 👭😘

-SayaCena-

Alhamdulillah,finally dapat jugak sign in balik dalam blog ni setelah lama gila nak mampus try sana try sini padan muka sape suruh lupa password amende yang ko letak mula mula dulu dah takboleh meluahkan segala jenis perasaan yang terpendam. Banyak gila nak update,nanyi kita sambung lagi and untuk hari ni kita cakap hai dulu la ye. Hai 👋👋