Thursday, June 27, 2013

Camera, Gitar, Chrissy, banyak lagi yang saya belajar tentang diri awak dalam sebulan ni. Mula dengan sms Ahlan yang buat saya tertarik nak dekat dengan awak walaupun saya takut sebenarnya tapi Alhamdulillah perkenalan yang singkat tapi buat saya selesa dengan awak. Nak tunggu awak reply sms memang ambil masa yang lama tapi sebab isi sms awak yang selalu buat saya ketawa and kadang kadang bermanfaat untuk saya jadi saya tunggu. Walaupun lambat tapi sms awak tetap dapat buat saya tersenyum. Terima Kasih awak.

Awak selalu ingatkan saya dengan benda yang banyak saya lupa. Borak dengan awak,awak selalu selitkan bab bab agama yang bagus untuk pengetahuan saya. Yang kadang kadang buat saya sedar,Islam saya hanya pada kad pengenalan. Saya sendiri tak mendalami agama Islam itu. Tapi,awak dah bawak perubahan dalam hidup saya. Saya cuba nak rasa macam mana awak merasai ketenangan dalam solat Subuh dan maghrib awak. Saya pergi masjid,duduk dalam tu lama lama,saya nak rasa sendiri ketenangan dekat rumah Allah. Alhamdulillah,untuk sebulan yang bermakna,Allah bagi saya hadiah yang cukup bernilai dekat saya. Terima kasih awak.

Awak berjanji dan saya mengharapkan awak tunaikan janji tapi sekarang saya sedar,tak layak untuk saya mengharap janji tu ditepati. Allah mungkin pinjamkan awak sebagai hadiah untuk saya berubah bukan pemberian selamanya. Saya kena terima semua tu. And yang lagi saya pasti,lelaki sebaik awak ada wanita yang terbaik menanti dekat luar sana. Tengok balik diri saya yang takberapa nak baik ni buat saya sedar awak. And sekarang,saya hanya mendoakan yang terbaik untuk awak. Berdoa awak mendapat yang terbaik dari DIA. Terima kasih awak.

Awak suka Kuala Lumpur,sama macam saya. Teringat masa mula mula kenal awak,banyak persamaan kita kan. Kita boleh jadi BFF la awak. Awak antara yang tak mudah marah,awak tak cepat melenting,awak sentiasa senyum,geram pun awak senyum jugak. Ini satu benda yang buat saya bertambah suka dekat awak. And yes,awak sangat memahami. Beruntung bakal isteri awak nanti dapat husband yang sangat memahami. Takmudah marah. Mungkin sebab awak selalu dekat dengan Allah so awak jaga semua. Bahagianya kalau dapat awak. Okay,abaikan saya. Haha



gambar yang lain khas untuk saya kan so,takboleh upload.
Jangan risau,saya akan selalu doakan awak dapat jadi doktor yang handsome. Aminn.
Terima kasih awak,terima kasih Encik Sazrul :)

Friday, June 14, 2013

New Enviroment

"Hello,ye. Nak cakap dengan siapa ?" Haa,ini bukan kerja aku tapi kerja si WanAizu. Tetiap kali phone office bunyi memang dia jadi sasaran,kalau tak dia pun Amirul. Haa,cukuplah dua jejaka handsome lagi perasan ni yang jadi operator dekat JTM ni. Haha.
Hari ni genap 5hari kita dekat Jabatan Teknologi Maklumat,Majlis Perbandaran Manjung. And start dari Isnin lepas kita wanAizu Amirul dengan Mai dah menjadi sebahagian daripada staff JTM. So far time first day tu memang cuak nervous gemuruh luruh semua jantung hati limpa tapi bila dah dapat meja bosanlah pulak. Plus akak abang bos kecik dengan bos besar office ni busy dengan ISO bagai so kitorang berempat ni macam tak dilayan sangat cuma ade jugaklah sesi ice breaking dengan bos kecik merangkap kawan abah.


Antara gambar yang menghiburkan hati time dekat office :)

And bosan serious bila semua staff kenal abah padahal abah dekat Jabatan Penilaian atas kot tapi semorang kat bawah ni duk sebut "Ooo,anak abang latip". Hilang terus nama glamour cena. Wuwuwuwuuu. Hari first tu segan betul sebab ramai sangat yang kita kenal tapi lucky dekat JTM takdelah muka muka familiar jumpa time hari keluarga bagai semua so,bolehlah kita berlagak cool dalam ni. Tapi still bos kecik tu kenal Abah kot and maksudnya tak bebas sangat -_-
And diorang semua baik baik. First experience sebagai staff office ni memanglah best sebab seharian duduk dalam aircond. Sejuk sampai kepetang bila keluar office habis merah semua muka tapak tangan. Kaki tak merah dah sebab kita dah pakai stokin. Wawawa. Mungkin perubahan awal. Inshaallah,lepas ni pakai sarung tangan pulak.



Gambar menarik yang penuh motivasi :)


Alhamdulillah finally first week intership berjalan dengan smooth. Takde pape masalah luar dan dalam and pejam celik pejam celik dah hari Jumaat and minggu depan dah start second week. And diorang ni pun lawak jugak rupanya. Tengok time dekat kampus dulu kemain lagi senyap jalan tunduk bawah,sekali datang sini siap bahan membahan lagi. Usik tu memang normal la. Tak kenal mak tak tauuu. Dah kenal rapat,baru nampak.



you heart me tumblr 

Semoga minggu seterusnya pun okay okay macam biasa and harap sangat dapat maintain datang awal macam minggu ni. And harap dapat kawan dengan akak abang office ni even diorang majority dah kahwin pun. Selamat Datang Praktikal. My new life and new enviroment :)

Friday, June 7, 2013

Al-fatihah

Alhamdulillah. Finally,ada jugak kesempatan nak update blog. Memang dah terasa rasa sangat nak update blog before start practial next week. Semalam time kita sibuk dengan ucapan Salam Israk Mikraj 1434 Hijrah tetiba terbaca satu tweet,meremang terus bulu roma. Terdiam sekejap rasa dada sesak dengan apa yang ada depan mata sekarang. Teha dah takde. And hanya itu yang mampu otak kita terima,yang lain dah taknampak bila air mata laju mengalir. Dua tiga empat kali kita baca balik tweet yang sama and ternyata betul kawan kita dah pergi menghadap Illahi. Sebak sayu terkejut terdiam kita bagitau mak pasal Teha. Ayat mak "Doakan untuk arwah,tak elok nak bersedih sedih macam ni" And time tu kita terfikir macam mana dengan Kiena and seriously rasa nak peluk kiena kuat kuat je. Dapat kita bayangkan perasaan Kiena and mesti dia lagi terasa kehilangan Teha. Arwah kawan dia yang paling rapat. And sebulan duduk dengan Kiena time 3P,kita dapat rasakan rapatnya diorang. Wechat sama sama,and yes banyak yang kitorang borak mesti ada kait kait nama Teha sekali.Sampai macam tu sekali rapatnya diorang. Dekat twitter lagi and time tu kita stop nangis sebab terfikirkan Kiena. Kiena lagi rapat dengan arwah and semestinya dia lagi teruk kalau boleh nak nangis sebab lagi banyak kenangan diorang sama sama. And kita terbaca tweet reply kiena,dia nampak tenang sangat. And yes time tu terfikir untuk apa nangis seharian pun sebab yang pergi takkan kembali plus Teha sendiri mesti tak suka tengok kawan kawan dia macam tu. Better kita sedekahkan doa yang tak putus putus moga arwah tenang disana.

   Memory :'(

Nurul Fatehah binti Sehat. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk kita kenal dengan arwah walaupun sekejap. Meninggal diusia muda,sebagai peringatan kepada kita yang masih hidup untuk tak terleka dengan nikmat dunia dan usia. Allah lagi menyayangimu,Teha. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Al-fatihah