Wednesday, June 24, 2015

Wedding Ceremony

Assalammualaikum korang. Salam Jumaat dan Selamat berpuasa. Harini kita nak update entry baru lagi. Yayy. Mood tengah rajin nak menaip tambah pulak Jumaat tak banyak kerja so kita nak leisure leisure la sikit kan. Hehe.
Hari Khamis kita dah gerak balik dari KL pukul 10 something and dalam pukul 2pagi jugak sampai Perak. Dah terasa dah kemeriahan tu bila  nampak khemah,bunga bunga,ahhh so excited nak kahwin. Ahahaha. Okay bukan kita yang nak kahwin but my sister. Paling best sekali tengok kucing dah semua berkumpul dalam cage baru. Hehehe. Masuk je rumah ingatkan nak terus tidur tapi rupanya diorang semua tak tidur and alkisahnya sampai pukul 6pagi kitorang borak borak sambil tengok movie,at last lepas subuh baru tidur. Dahlah tidur pagi buta pukul 9pagi dah habis semua dengan mamai mamai kena paksa bangun pegi tempah kek la,ambik adik adik balik sekolah la,ambik semua mata panda !
So hari Jumaat tu dah settle satu bab,memang penat gila kot tapi redah jelah banyak lagi benda yang tak siap. Okay,petang sibuk pulak pasang ni,kemas sini sana,busy gila sebab esok dah start majlis,fuhh memang terasa kelamnya tapi abah dengan mak leklek je sebab ramai yang datang tolong :)



Kita takpandai nak gubah gubah ni biasalah tangan takde seni so kita tolong sponsor je. 
Cadboury ni kita grab dekat Pearl Habour,Klang masa tu ade discount sampai 70% so satu ni rm1 apakah lagi beli banyak banyklaaa buat letak jadi hantaran. Hehe

Ayong nikah dekat masjid and sebab majlisnya belah petang so pagi tu kitorang macam leklek jugaklah tapi takde lah rileks sangat. Kelam kabut jugaklah siapkan mini pelamin. And diy pelamin ni sepatutnya takmacam ni tapi takpelah dah yang ni je yang kitorang mampu dan terdaya buat time tu sebab dah memang taklarat sangat time tu. Nak layan tetamu lagi nak siap siapkan lagi,memang taklarat nak pengsan kot. so kitorang buat ala kadar selagi termampu je.


Hantaran pihak lelaki dan perempuan :)

Petang tu kelam kabut jugaklah kitorang siap nak pergi masjid tapi alhamdulillah ramai yang datang tolong. Sementar semua join nak pegi masjid,ada kawan kawan mak dengan abah yang offer nak tenggokkan catering,tengokkan rumah. Terharu sangat ! Serious. So kitorang sampai dekat masjid tu sebelum asar,masuk tunggu salam peluk cium dengan family belah pihak lelaki and taklama lepas tu tok kadi pun sampai. Okay,debaran pengantin lelaki tu memang nampak,memang nampak sangat serious. Dari jauh dah nampak and kitorang kat belakang ni boleh gelak gelak je. Haha. Alhamdulillah,dengan sekali lafaz,sah ayong jadi milik Mohd Azuan a.k.a my abang ipar. Huhuhu



Serious kot bagai pinang dibelah dua. Cantik plus handsome :)






 Ni masa serah mas kahwin. Habis je penyerahan ni,wan beria datang dekat kita siap suruh simpankan dalam almari yang berkunci. Kita pun jadi macam blur sekejap,apebenda yang dia ni gelabah sangat,ala rm80 je kot. Hadui. Tapi kita buat jugaklah simpan dalam almari siap kunci lagi. And malam tu baru kita tau yang ayong punya mas kahwin bukan rm80 tapi seribu. Hahaha,patut la gelabah semacam je. Hehehe 



Okay. Gambar dengan mas kahwin satu.  ^___^



 Sementara keluarga belah lelaki nak bergambar dengan pengantin so kitorang layan lah tetamu yang datang dekat luar. Makin lama makin ramai,dapat pulak pulut kuning dengan kari,serious kot aku pun terus lapar tapi sebab ramainya orang so batalkan je lah hasrat nak membantai pulut kuning. Lepak lepak makan bihun letak kuah kari je. Ya Allah sedapnya bihun. Weyhh,tengah update entry dibulan puasa ni memang menggugat iman betul bila cerita pasal makanan ni. Okay dah sambung.




Selesai je makan,duku photographer tu ajak bergambar dengan pengantin. Kira macam ni our turns la pulak bergambar sefamily. Yayy. Kitorang memang decide nak pakai baju sedondon masa majlis Ayong so apa je baju yang pernah sedondon sebelum ni,kitorang kitar semula. Masa pakai jubah purple ni ramai yang duk puji,amboi comelnya depa sedondon. Cantiknya baju semua sama. Gila merah kot muka masa tu. Jadi macam aishh syoklah pulak pakai baju sama ni. Haha
Time ni encik duku tu suruh buat free style and antara style yang dipersetujui ramai yang nilah kan and taksangka Abah sporting gila time tu. Haha. First time kot tengok Abah sporting habis macam ni. Baguslah jugak,senang duku ni nak ambik gambar. Hehe :)

 We are siblings :)

Sorang dah lepas,so next ? Hehe. So wajiblah kita ambik jugak satu gambar kenangan adik beradik. Gambar ni muiz yang tangkap so mintak maaflah sebab tu kabur sikit walaupun dengan confidentnya dia cakap okay okay padahal tak okay. Tapi tak kisahlah,asalkan ade. Thanks Muiz.


 
 Mak dengan Ayong :)


 
 Kita pun sibuk jugak nak bergambar dengan pengantin. Yayy ! Haha



InshaAllah tahun ni sesorang duduk atas pelamin,tahun depan mana tahu dah tak kosong kat sebelah tu. Hihihi ^_^

As a present untuk Ayong memang kita dah plan nak carikan yang the best la sebab kita tau ayong mesti banyak dapat cawan perkakas rumah semua tu so kita nak bagi hadiah yang lain sikit and terjumpalah idea nak belikan yang ini. Hehe
Yang paling best promoter VS yang dekat Nu Sentral tu sebab macam tu je dia dapt customer and kita pulak terus okay je nak beli yang dia suggestkan so senang kan. Lagipun muka dia manis and dia sangat mesra so bagus sangatlah tu,rezeki dia. :)


Ohh okay,lepas je majlis ayong selesai petang tu,kitorang penat nak fikir nak pegi memana pulak ni cari tudung untuk esok sebab tudung takdapat lagi. Haha. Bestnya petang tu jugak keluar pegi Tesco dengan pengantin baru. Paksa jugaklah abang ipar tu pegi Tesco temankan cari tudung. Huhu. Okay,rehat dulu sambung next entry okay semua. Thanks sudi baca. 

Love,Cena <3