Wednesday, June 17, 2015

RAMADHAN


Alhamdulillah. Akhirnya doa kita semua untuk dipertemukan semula dengan ramadhan termakbul jua. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur akhirnya kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan,bulan yang mulia. Bulan yang penuh keberkatan,amalan kita Allah lipat gandakan dengan ganjaran. Bulan untuk kita kumpul pahala and yes berlumba lumba dalam mengerjakan ibadah dan istiqamah dalam melakukan sesuatu perubahan. 


01 Ramadhan 1436
Assalammualaikum silent reader a.k.a pembaca blog yang setia. So hari seluruh umat Islam dekat dunia berpuasa dan meraikan kedatangan bulan Ramadhan. Hiba sebenarnya bila datangnya bulan ramadhan ni. Macam macam benda yang berlegar dekat kepala tapi itu semuanya kenangan. Kalau nak ingat balik memang rasa pahit tu macam mana tapi start harini kita nak try ambik yang baik dari segala apa yang pernah jadi dulu. 





01 Ramadhan 1434
2 tahun yang lepas. Macam tak percaya dengan apa yang jadi macam cepat sangat,macam ada satu benda yang Allah tu nak tunjukkan dan disampaikan dengan cara melalui seseorang. Seseorang yang bagi kita luar biasa dirinya berbanding dengan orang lain. Takboleh nak hadap balik satu satu cerita ni sebab mesti rasa sebak,rasa nak nangis sangat. Kekadang suka tertanya tanya,kenapa ending yang macam ni? Kenapa bagi harapan? Datang dengan cara yang baik then kenapa pergi macam tu je. Macam macam soalan tapi sampai sekarang takdapat jawapan. Kalau dua tahun lepas,ramadhan itu sangat sangat bermakna buat diri yang terlalu kerdil ni tapi disebabkan salahnya ada istiqamahnya entah kemana,niatnya tu menyimpang so jadilah balik ramadhan tahun lepas yang macam sebelum sebelumnya. Tiada perubahan tapi sama macam tahun tahun yang sebelumnya. Bila tergerak je sikit nak jadi baik,jadi macam sebelumnya mesti ada yang halang. Lepastu hilang dan macam biasa balik kejadiannya. 



Kita nak ubah macam mana yang jadi tahun lepas akibat sakitnya hati dengan dua tahun yang lepas,kita nak ubah. Kita nak ambik yang baik baik dan lupakan yang buruk buruk. Allah bagi kita peluang tahun ni untuk perbetulkan apa yang kita pernah buat dengan diri kita. Allah bagi kita peluang perbaiki diri. Inshaallah,setiap apa yang jadi ada hikmahnya.
So harini kita nak cerita macam mana indahnya ramadhan dua tahun yang lepas supaya tahun ni kita dapat terapkan sekali lagi dalam diri ni dan Istiqamah terus untuk masa akan datang. Aminn.
 
 


Alhamdulillah semuanya bermula dengan kesedaran dalam diri. Kesedaran yang Allah nak tunjukkan tapi dihantar melalui seseorang. Macam mana kita dapat ketenangan dalam solat,"fahamkan makna dalam solat,baru kita khusyuk" "Duduk sekejap lepas solat bayangkan kita tengah berada betul betul depan Allah,kita mohon mengadu padaNya" "Letak tangan dekat dada,baca surah Al-Fatihah sambil bayangkan orang yang kita rindu" 
Dengan ayat ayat yang kita jarang dapat taklain selain mendekatkan kita dengan pencipta kita. Masa tu timbul sikit rasa minat nak mendalami. Alhamdulillah,pelajaran yang sangat bermakna sepanjang bulan ramadhan hinggakan kita betul betul menangis lepas solat asar akhir Ramadhan tahun tu. Rasa sayu yang betul betul kita dapat rasa. Sedihnya nak tinggalkan ramadhan. Sedihnya nak tinggalkan ganjaran yang berlipat ganda. Sedih sangat nak tinggalkan terawih sedihnya nak tinggalkan ramadhan. Hiba yang datang dari diri sendiri. Kalau selama ni dengar dengar je orang sedih nak tinggalkan ramadhan tapi kali ni kita sendiri rasa macam mana sedihnya tu. 


 My Ramadhan Daily Checklist ^_____^




InshaAllah satu hari nanti kita semua akan dapat rasa macam mana makcik Hidayah menerpa kita. Langgar bahu ke,kita akan rasa. Dan semoga tahun makcik hidayah datang menerpa kita dibulan Ramadhan yang mulia ni. Seriously selain berusaha,kita rindu nak rasa perasaan yang macam tu lagi. Moga Allah makbulkan doa doa kita semua.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa selama 30 hari. Semoga segala amalan kita diterima 
Allah S.W.T. InshaAllah,Aminn




Aminn. 

Love,Cena 


sumber gambar:google 

No comments:

Post a Comment