Thursday, June 18, 2015

Sayyidul aiyam & Sayyidus shuhur

Assalammualaikum. Salam Jumaat kesayangan semua. 
Rasa bertuah sangat bila dapat berjumpa hari Jummat dalam bulan Ramadhan ni. Perasaan dia tu lain macam sebenarnya selain rasa happy sebab dapat balik awal dan esok cuti. Hehe
Tenangnya pagi Jumaat ni bila dari jauh dapat dengar ada yang baca quran dekat surau. Rasa jealous pun ade sebab nampak kan macam semua tengah berlumba lumba nak kejar pahala so why not me myself buat jugak benda yang sama macam dia,kan?  Inshaallah,waktu rehat nanti kiata sama sama buat ^___^







 #Chenta

Pagi tadi awal awal dah cari buku #chenta dalam locker sebab haritu baru sempat habis baca satu bab je so harini kita nak sambung lagi bercinta dengan novel dari Inche Gabbana ni. Mudah mudahan senang nak cambah cinta dengan yang maha Pencipta. 
Ainul Mardiah- Cerita pendek first yang kita baca. Tau tak masa ni menangisnya laju terus. Air mata tak henti keluar,baca lagi keluar lagi sampai ending pun still nangis lagi. Tutup buku,then rasa indahnya cerita cinta yang Inche Gabbana ni cuba sampaikan. Nampak tak memang betul betul menghayati sampai bengkak mata.



"Friday is sayyidul aiyam (the leader of all days) and Ramadan is sayyidus shuhur (the leader of all months). And today, we get both." - Aisyah


"Hari ni hari Jumaat. Dalam bulan Ramadhan. Rugilah orang yang malas berdoa pada hari ini kerana tiada sebab untuk Allah menolaknya!" - Inche Gabbana


Kita tak kenal siapa Inche Gabbana ni. Langsung dan langsung takberminat nak selongkar and cari siapa sebenarnya Inche Gabbana dalam realiti kehidupan ni tapi serious ayat cerita dari Inche Gabbana ni serious menghidupkan jiwa jiwa yang sebelumnya kosong,mula membuatkan kita rasa dahaga dengan ilmu dan penyampaian cerita yang menarik buat kita menangis. Al-Khafi,di hari Jumaat kerana dia takpernah lupa untuk mengingatkan.
Mungkin ini cara Allah tunjuk sayang dia dengan kita. Allah hadiahkan kita insan insan yang selalu mengingatkan kita ke jalan kebenaran. 


Sebelum ni bukan takde yang mengingatkan tapi mungkin kita sendiri yang tak ambik peduli buat sambil lewa je. Alhamdulillah,Allah tu tunjukkan jalan terbukak hati ni nak mencari nak mendalami. Alhamdulillah.


Semoga Jumaat ini tidak berlalu hanya dengan kekesalan tapi berlalulah dengan penuh ketenangan. Semoga kita terus menghargai Jumaat yang ada dengan memperbanyakkan amalan dan mengenali Allah. Semoga doa doa kita Allah makbulkan. Permudahkanlah hari hari kami untuk menuju jalan keredhaanMu. Aminn. 



p/s: terkejut sebenarnya dapat mesej semalam dari sesuatu yang dah lama tak kunjung tiba


Salam Jumaat & Selamat Berpuasa 

Love,Cena :)

No comments:

Post a Comment