Friday, June 14, 2013

New Enviroment

"Hello,ye. Nak cakap dengan siapa ?" Haa,ini bukan kerja aku tapi kerja si WanAizu. Tetiap kali phone office bunyi memang dia jadi sasaran,kalau tak dia pun Amirul. Haa,cukuplah dua jejaka handsome lagi perasan ni yang jadi operator dekat JTM ni. Haha.
Hari ni genap 5hari kita dekat Jabatan Teknologi Maklumat,Majlis Perbandaran Manjung. And start dari Isnin lepas kita wanAizu Amirul dengan Mai dah menjadi sebahagian daripada staff JTM. So far time first day tu memang cuak nervous gemuruh luruh semua jantung hati limpa tapi bila dah dapat meja bosanlah pulak. Plus akak abang bos kecik dengan bos besar office ni busy dengan ISO bagai so kitorang berempat ni macam tak dilayan sangat cuma ade jugaklah sesi ice breaking dengan bos kecik merangkap kawan abah.


Antara gambar yang menghiburkan hati time dekat office :)

And bosan serious bila semua staff kenal abah padahal abah dekat Jabatan Penilaian atas kot tapi semorang kat bawah ni duk sebut "Ooo,anak abang latip". Hilang terus nama glamour cena. Wuwuwuwuuu. Hari first tu segan betul sebab ramai sangat yang kita kenal tapi lucky dekat JTM takdelah muka muka familiar jumpa time hari keluarga bagai semua so,bolehlah kita berlagak cool dalam ni. Tapi still bos kecik tu kenal Abah kot and maksudnya tak bebas sangat -_-
And diorang semua baik baik. First experience sebagai staff office ni memanglah best sebab seharian duduk dalam aircond. Sejuk sampai kepetang bila keluar office habis merah semua muka tapak tangan. Kaki tak merah dah sebab kita dah pakai stokin. Wawawa. Mungkin perubahan awal. Inshaallah,lepas ni pakai sarung tangan pulak.



Gambar menarik yang penuh motivasi :)


Alhamdulillah finally first week intership berjalan dengan smooth. Takde pape masalah luar dan dalam and pejam celik pejam celik dah hari Jumaat and minggu depan dah start second week. And diorang ni pun lawak jugak rupanya. Tengok time dekat kampus dulu kemain lagi senyap jalan tunduk bawah,sekali datang sini siap bahan membahan lagi. Usik tu memang normal la. Tak kenal mak tak tauuu. Dah kenal rapat,baru nampak.



you heart me tumblr 

Semoga minggu seterusnya pun okay okay macam biasa and harap sangat dapat maintain datang awal macam minggu ni. And harap dapat kawan dengan akak abang office ni even diorang majority dah kahwin pun. Selamat Datang Praktikal. My new life and new enviroment :)

No comments:

Post a Comment