Sunday, January 19, 2014

RAYA-PART ONE

Assalammualaikum sayang sayang sekalian. Sunday means off day so kita boleh update entry entry yang dah lama tak update hari ni. Yeay \0/ Awesome and sounds good sebab blog kita dah boleh ada banyak cerita. Tapi macam tak best jugak sebab kononya awal tadi nak update entry baru je tapi  dah terterjah tukar template and siap save lagi so habislah segala jenis coding yang penat kita study dekat blog Lyssa dulu. Meninggal lah kalau nak study balik tutorial dia sebab kita punya blog dah baru. Mane nak same dah. Hmmm,hmmm. Nak nangis seminggu macam ni. So sad :( Takpelah,esok kita study balik pasal blog dengan sifu liza. Untung ada pakar design design blog dalam office ni :)
Jom start cerita and takpayah nak sedih sedih lagi. Before ni kita update entry raya dengan staff datuk tansri puansri mpm so hari ni sambung pulak entry raya dengan family. Macam tak adil je update raya dengan diorang tapi tak update dengan family punya kann. Hihi



Gambar first mestilah dekat kampung baru nampak macam raya sikit kan walaupun sebenarnya takdelah beraya dekat kampung sangat pun. Malam raya,pagi raya dengar takbir raya salam salam maaf hari raya pun semua dekat rumah sendiri. Since tokwan meninggal 6tahun lepas so masing masing raya dekat rumah masing masing. Raya kedua ketiga barulah balik kampung ziarah tok tok sedara belah abah yang still ada lagi dekat sana. And ni lah kampung yang still ada sampai sekarang. Walaupun kampung orang tapi since layanan diorang sama macam kita ni cucu diorang jugak so takdelah rasa janggal sangat. Bedal jelah kampung orang pun. Haha


Macam macam gaya ada time bergambar macam ni. Ada pulak yang suka suka melintas lalu lalang dekat depan pulak tu. Bedal jelah asalkan ada jugak gambar. Siap dengan pokok kelapa lagi tu memang suasana kampung sangat. Memula nak bergambar ramai ramai tapi biasalah bila cousin ada anak kecik kecik ni,merenggek nak ni,menangis nak tu. Yang mak ayah semangat nak snap pic family kembangan sama sama tapi anak pulak buat spoil tapi bedal jelah kann. Anak anak muka sembam,sebik ke janji masuk dalam gambar. Haha. Seharian raya kedua tu abah bawak family dengan sekalian adik adik abah termasuk anak anak diorang singgah ziarah tok tok yang takrapat sangat. Tak familiar sebab jarang jumpa but still ada sangkut sangkut dengan arwah tokwan,opah. So far tahun lepas banyaklah jugak singgah rumah sedara mara tok nenek kaum kerabat abah daripada dua tahun lepas. Sebab kita beraya dekat terengganu kan so takdelah sempat nak raya sakan sangat. Tahun ni,dah dapat peluang,redahlah. Apa lagi kann ^____^



Tolong maafkan tuan yang tukang ambik gambar ni sebab ambik senget sangat sebelah. Geram betul kite dengan Alap ni tau. Sebenarnya dia pun memang ikhlas tak ikhlas je nak tangkap gambar time ni sebab dah petang sangat. Taksabar nak balik dah sebenarnya. Yelah dengan penat semalam beraya yang takhabis lagi sambung pulak raya sakan dengan family belah abah sampai petang memanglah semua penat. Tapi bila time nak ambik gambar je terus muka ceria,hilang semua penat penat lelah sakan beraya. So amazing. Haha




Time yang ni Alap ikhlas sikit nak snap gambar ni untuk kitorang so macam cool jugaklah kan gambar ni walaupun dah penat penat tapi gambar tetap kena senyum. Adik adik kita yang pakai baju sedondon tu. Sebelah kita ayong jiah mak and pilah. Okay fine memang kitorang siblings tinggi nak lebih kurang je sebab tu ramai yang cakap mak beruntung anak anak dia dah nak sebaya dia. Dah boleh jadi kawan kawan dah. Kena bagi kita kahwin awal macam mak jugaklah camtu baru nanti anak anak kita pun macam sebaya kita jugak. Wikiki. Muka photostat ? Memang pun,dah selalu dengar jugak. Photostat,fotokopi,fotosegala yang ada semua dah selalu dengar dah. Dah nama pun siblings right so memanglah kena photostat. Cuma Alap je yang takpenah lagi orang cakap macam tu sebab tu kitorang suka cakap dia anak terbuang. Kahkahkah. Dulu selalu la cakap sampai satu hari,dia pegi senyap senyap dekat mak tanya"Alap,anak terbuang ke mak ?" Terus lepas tu,abah cakap jangan cakap macam tu lagi dah. Kot dia lari rumah tak pasal je kauu. Haha


Kemain bulat lagi muka kita time ni. MasyaAllah,memang beraya habis kau dengan muka bulat cenggini. Ni antara deret family kembangan belah abah tapi taksemua yang ada. Takcukup lagi 3family and Alhamdulillah,tahun lepas dapat jugak kumpul sama sama bergurau senda mesra dengan anak anak buah kazen kazen tersayang. Antara makngah dengan Abah walaupun abah anak sulong tapi makngah dah ada 2cucu dah and yang terbaru ni dah masuk tiga. Abah takde pun lagi siap anak bongsu baru nak masuk tingkatan 1. Yang makngah pulak tinggal sorang je yang tengah belajar lagi yang lain semua dah berkerjaya. Rezeki masing masing sayang. Just wait okay. One fine day,turn kita kita pulak follow kazen kazen kita. Inshaallah,Amin :)



Tembon gila. Taktaulah kenapa time ni main zoom zoom gambar pulak kan. Sakit hati betul kita tengok gambar ni tapi bulat dekat kita je. Dekat yang lain lain okay so kena la jugak letak gambar ni dalam entry so that kita macam far and square. Pakcik makcik deretan yang paling tinggi dah complete. Cukup dengan pasangan masing masing :)

Lovely cousin and siblings. Cousin yang depan sekali ni dah jadi mak orang dah tau. Anak dia cecomel putih gebu la. Suka sukanya haa. Memang macam dah takde tempat lain nak bergambar kan. Kisahlah pulak asalkan ade je tempat menarik and bersama sama so bolehlah snap sekali lagi. Haha

Kualiti gambar takberapa nak baik tapi still comel kan anak dengan ummi dia ni. First cousin kita yang dah kahwin. Muda muda lagi dah nak ada anak tau :)



Banyak lagi style style posing time beraya rumah tok jang ni. Rumah tok sedara pun boleh jadi tempat posing kitorang. Bedal jelah kan asalkan ada jugak gambar ramai ramai untuk tahun ni. So beautiful even susah sikit nak tarik minat anak sedara yang kecik kecik lagi ni. Plus time tu diorang tengah sakan dapat mainan memang jangan haraplah nak duduk elok elok tangkap gambar. Bola nombor satu wehhh. Sabar jelah. Haha
Alap pun sama nak join jugak,tu lagilah buat kita berapi. Last last,dia baling kerengga dekat kita. Kuangasam jawa betul sempat lagi dia cari kerengga semata mata nak balas dendam. Ayam betul lah. Memang meriahlah rumah tokjang time tu dah dapat kerengga kann. Haa. Boleh nampak sangat muka tak ikhlas Alap time snap gambar ni. Muahahaha.


Tangga rumah tokwan sendiri takdapat nak tangkap gambar so kita tangkap jelah dekat tangga rumah tok tok sedara yang ada. Cantik sangat rumah tok sedara yang ni tapi yang tak cantiknya time ni boleh pulak sakit perut so memang mood nak posing tu hilang terus. Tu akibat makan lemang yang tak ingat dunia time raya first so dapatlah habuan dia kann. Kesian -________-

Last destination mestilah dekat rumah maktok tersayang. So wajiblah berlama lama dekat sini sebab maktok isteri kedua arwah tokwan means nenek tiri kita. Walaupun maktok ni nenek tiri tapi dia layan kitorang sikit pun takde beza dengan anak anak cucu dia yang tak tiri. Kekadang dia ade jugak datang rumah and kalau time kenduri kenduri cousin sepupu sepakcik semua dia try jugak datang walaupun tokwan dah takde. See,even tokwan dah meninggal relations maktok dengan kitorang still sama macam masa mula mula dia dengan arwah tokwan dulu.

Kita janji ada part2 punya sebab cerita entry ni macam klgangster2 sikit sikit. Flashback jelah yang bagi sama pun. Hahaha. Just wait and read my entry okay. Hihihi 

Love,Cena :)

No comments:

Post a Comment