Wednesday, June 27, 2012

Heart and Hurt


Dear Hati,
Apa yang takpuas lagi sebenarnya. Apa lagi yang takcukup. Kenapa takpernah nak bersyukur,redha and terima segalanya dengan terbuka. Kenapa still ada perasaan nak marah,benci,dendam dengan orang lain. Apa yang kau nak sebenarnya hati ? Bukan hati orang. Tapi hati sendiri. Memahami orang lain pun adalah masalah besar bagi orang yang sendiri takdapat faham hati dia. Macam aku ni. Kadang-kadang aku sendiri takdapat nak faham hati dan perasaan sendiiri. Ni pulak nak faham hati orang lain. And disebabkan hati yang tak pernah nak puas,bersyukur dengan segala yang dah ada. So,terjadi macam-macam perkara yang takpatut terjadi.
Patut meluahkan tapi banyak yang takdapat nak meluahkan. Pendamkan and biarkan hati yang tahu and last,hati memakan diri sendiri. Satu penyiksaan jiwa dan raga. Dunia sekarang. Semuanya berpunca dari hati. Kalau hati kita bersih dan suci,perwatakkan kita dapat mempamerkan hati tu sendiri. Tapi kalau hati dan kotor dan hitam,tiada seri lagi untuk kita walau muka secantik mana pun. Apa yang kita perlu sekarang adalah bersihkan hati.


BAGAIMANA hendak membersihkan hati yang kotor? Dalam hal ini, Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya: "Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi."
Lalu orang bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?"

Jawab Rasulullah: "Membaca al-Quran dan mengingati mati." Membaca al-Quran dijelaskan di ini bagi membersihkan kekotoran di jantung yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.
Sabda Rasulullah lagi bermaksud: "Tiadalah antara yang memberi syafaat yang lebih utama kedudukannya pada Allah daripada al-Quran. Tidak nabi, tiada malaikat dan tidak lainnya."


Peringatan ini untuk diri sendiri juga. Yang banyak terleka dengan nikmat dunia hingga lupakan akhirat yang menanti disana. Semoga hati yang tulus,ikhlas,jujur dan suci menyusuri kita selepas ini. Buangkan semua kekecewaan semalam dan teruskan hidup yang baru dengan kembali membersihkan hati kita setiap hari =)

Have a nice day,guys =)

No comments:

Post a Comment