Camera,
Gitar, Chrissy, banyak lagi yang saya belajar tentang diri awak dalam sebulan
ni. Mula dengan sms Ahlan yang buat saya tertarik nak dekat dengan awak
walaupun saya takut sebenarnya tapi Alhamdulillah perkenalan yang singkat tapi
buat saya selesa dengan awak. Nak tunggu awak reply sms memang ambil masa yang
lama tapi sebab isi sms awak yang selalu buat saya ketawa and kadang kadang
bermanfaat untuk saya jadi saya tunggu. Walaupun lambat tapi sms awak tetap dapat
buat saya tersenyum. Terima Kasih awak.
Awak selalu
ingatkan saya dengan benda yang banyak saya lupa. Borak dengan awak,awak selalu
selitkan bab bab agama yang bagus untuk pengetahuan saya. Yang kadang kadang
buat saya sedar,Islam saya hanya pada kad pengenalan. Saya sendiri tak
mendalami agama Islam itu. Tapi,awak dah bawak perubahan dalam hidup saya. Saya
cuba nak rasa macam mana awak merasai ketenangan dalam solat Subuh dan maghrib
awak. Saya pergi masjid,duduk dalam tu lama lama,saya nak rasa sendiri
ketenangan dekat rumah Allah. Alhamdulillah,untuk sebulan yang bermakna,Allah
bagi saya hadiah yang cukup bernilai dekat saya. Terima kasih awak.
Awak
berjanji dan saya mengharapkan awak tunaikan janji tapi sekarang saya sedar,tak
layak untuk saya mengharap janji tu ditepati. Allah mungkin pinjamkan awak
sebagai hadiah untuk saya berubah bukan pemberian selamanya. Saya kena terima
semua tu. And yang lagi saya pasti,lelaki sebaik awak ada wanita yang terbaik
menanti dekat luar sana. Tengok balik diri saya yang takberapa nak baik ni buat
saya sedar awak. And sekarang,saya hanya mendoakan yang terbaik untuk awak.
Berdoa awak mendapat yang terbaik dari DIA. Terima kasih awak.
Awak suka
Kuala Lumpur,sama macam saya. Teringat masa mula mula kenal awak,banyak
persamaan kita kan. Kita boleh jadi BFF la awak. Awak antara yang tak mudah
marah,awak tak cepat melenting,awak sentiasa senyum,geram pun awak senyum
jugak. Ini satu benda yang buat saya bertambah suka dekat awak. And yes,awak
sangat memahami. Beruntung bakal isteri awak nanti dapat husband yang sangat
memahami. Takmudah marah. Mungkin sebab awak selalu dekat dengan Allah so awak
jaga semua. Bahagianya kalau dapat awak. Okay,abaikan saya. Haha
gambar yang lain khas untuk saya kan so,takboleh upload.
Jangan risau,saya akan selalu doakan awak dapat jadi doktor yang handsome. Aminn.
Terima kasih awak,terima kasih Encik Sazrul :)